Mencari Pasangan Kerana Ingin Menemui Jodoh Atau Takut Keseorangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda pernah mempunyai kekasih? Atau anda telah lama bersendirian? Berapa lama anda telah berpisah dengan kekasih anda? Tidak ramai yang suka akan status single ini, mana tidaknya ia seolah-olah seperti ketinggalan zaman apabila rakan-rakan yang lain sibuk bersama kekasih hati mereka. Oleh sebab itu, anda ingin mempunyai pasangan juga, agar anda tidak kelihatan begitu ketinggalan atau terlalu kesunyian.

Jadi, apa niat anda sebenarnya dalam mencari jodoh? Adakah kerana anda sememangnya sedang mencari jodoh atau anda hanya ikut mengikut jejak langkah rakan-rakan anda.



Sebab itulah, apabila ada seseorang yang mula mendekati anda, anda lebih mudah untuk menerimanya. Adakah tindakan anda itu mengikut perasaan anda seperti telah menyukainya atau anda hanya tidak mahu memegang status single sahaja? Yang manakah niat anda yang sebenarnya?

Ini adalah cara untuk mengetahuinya.

1. Tidak sabar untuk memberitahu rakan-rakan anda bahawa anda kini sudah mempunyai kekasih hati. Itu menandakan bahawa anda hanya ingin mengikut trend.

2. Ingin mempamerkan pada media sosial akan perhubungan anda agar digelar pasangan yang romantik. Ini adalah perkongsian yang berlebihan.

3. Menunjukkan bahawa anda sudah tidak single lagi dan ada seseorang yang mahukan anda. Itu bukanlah niat untuk mencari jodoh.

4. Anda lebih memilih berdiam diri saat dirinya melakukan kesalahan dan melukakan anda. Hal ini kerana anda takut kembali menjadi single.



5. Memberitahu pada rakan-rakan dan orang di sekeliling bahawa dirinya adalah orang yang anda cari selama ini. Sedangkan, anda tidak mahu hidup bersamanya sepanjang hayat.

6. Apabila berhadapan dengan masalah, dirinya bukanlah orang yang menjadi pendengar anda, tetapi anda memilih rakan-rakan anda. hal ini kerana, anda tidak begitu percaya akan pasangan anda itu sendiri.

7. Anda tidak boleh menyatakan akan kelebihan serta kekurangan dirinya. Hal ini kerana segala-galanya seperti palsu bagi anda.

Menjalinkan hubungan ini bukan hanya bertujuan untuk mengikuti jejak rakan-rakan anda, bahkan bukan juga untuk menjauhkan anda daripada buah mulut orang sebagai orang yang tidak laku. Menjalinkan hubungan ini adalah kerana anda ingin memastikan bahawa anda berjumpa dengan seseorang yang tepat, serta anda juga ingin berkenalan dengannya lebih dekat dan mendalam lagi.

Jadi, apa kata anda perbetulkan semula niat anda itu. Mana tahu anda dengan memperbetulkan niat anda itu, ia membantu anda menjumpai pasangan yang tepat buat anda. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat yang betul pasti akan menjumpai kebaikan di sebaliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen