“Bangkit Setelah Putus Cinta Itu Tidak Mudah…” Kongsi Lelaki Ini.

Susah payah untuk melupakan kenangan bersama bekas kekasih adalah salah satu perkara yang sukar untuk dilakukan oleh setiap insan. Mengapa ada pertemuan apabila akhirnya menyakitkan? Mengapa ada perpisahan jika kedua-dua pasangan hangat bercinta? Semuanya pasti tidak dapat merungkai jawapan kerana terlalu pedih untuk mengingati kenangan tersebut.

Jom ikuti perkongsian daripada saudara ini dimana bangkit selepas putus cinta bukanlah sesuatu yang mudah…

********

Semasa saya menulis tulisan ini, kita telah pun memasuki tahun baru bagi kalendar Hijrah, tahun 1440. Mengambil pengajaran daripada hijrah Rasulullah, kita sedia maklum apabila diajar sejak kecil tentang sejarah hijrah baginda.

Umumnya, hijrah itu penuh dengan payah dan sengsara. Hijrah boleh juga bawa maksud berubah, bangkit, dan ‘move on’.

“Sesungguhnya sabar itu pada kesempatan pertama (saat datang musibah).” [Riwayat Bukhari]

Tidak mudah untuk kita apabila selama ini kita berhubungan dengan seseorang begitu rapat kemudian tiba-tiba kita tidak lagi dapat berhubung dengan orang tersebut. Pada awal waktu apabila menerima berita tentang kecurangan seseorang pada kita, mungkin ada yang terus hilang sabar dan meroyan.

Atau mungkin ada yang terus hilang harapan dan terus berputus asa dalam hidup. Sabar dahulu, kawan. Hadis di atas menerangkan bahawa sabar itu adalah saat mula-mula sekali kita mendapat tahu tentang musibah yang berlaku.

Justeru itu, ada baiknya kita jadikan nasihat ini sebagai muhasabah diri. Bahawa yang telah menetapkan takdir dan ketentuan hidup kita adalah Allah, Tuhan Maha Esa. Berbalik kepada hadis ini, Nabi mengajar kita bahawa sekalipun kita hadapi masalah paling besar dalam dunia, pulanglah kepada Allah.

Mungkin selama ini kita terlalu rapat dengan seseorang terlalu lama dan tidak ada perancangan rapi bagaimana untuk menghalalkan hubungan. Yang selama ini kita selalu berkepit 24 jam sentiasa memberitahu pasangan hendak buat apa dan keluar dengan siapa.

Padahal dengan ibu bapa dan adik-beradik tidak pula kita terlalu ambil berat, sebagai contoh. Secara kebiasaannya, memang apabila kita sudah terbiasa dengan seseorang atau sesuatu yang kemudiannya tidak lagi bersamanya, kita akan rasa kehilangan.

Seperti mana seseorang yang kehilangan ahli keluarganya yang telah meninggal dunia, pasti dalam mengaitkan hal ini. Ini adalah sifat fitrah manusia. Adalah normal untuk kita rasa tercari-cari saat si dia meninggalkan kita.

Namun yang membuatkan hal itu menjadi parah apabila kehilangan itu adalah disebabkan kecurangan dan penodaan cinta.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen