Antara Sebab Anda Takut Untuk Meluahkan Rasa Cinta Pada Si Dia.

Perasaan suka, minat, sayang dan cinta ini adalah normal, malah ia adalah anugerah yang diberikan oleh ALLAH SWT, kerana kita sebagai manusia memiliki pelbagai emosi. Cuma perasaan itu tidak tahu bagaimana untuk diluahkan, meluahkan pada siapa, dimana, pada waktu bila dan seumpama dengannya.

Sudah tentu sebagai manusia biasa, apabila terlalu bermain dengan emosi kita akan menjadi was-was dengan perasaan tersebut. Ini disebabkan perasaan kita yang mudah berbolak-balik. Kita juga menjadi takut dengan beberapa perkara yang tidak nampak kesan atau akibatnya, lalu ia menjurus kita memendam perasaan sahaja.

Jadi, jom lihat antara sebab anda takut untuk meluahkan perasaan cinta pada si dia…

1. Tiada keberanian.

Anda memang tidak berani meluahkan perasaan suka, sayang atau cinta pada si dia. Anda terlalu kaku, dan lidah menjadi kelu apabila bersua muka dengan si dia. Anda juga diibaratkan sebagai seorang yang mudah gementar dan satu badan akan mengeluarkan peluh dengan banyak, akibat dari tiada keberanian tersebut. Anda juga adalah seorang yang tidak suka pada cabaran yang menyebabkan anda hanya mahu hubungan yang selamat sahaja tanpa menguji keberanian anda.

2. Takut cinta ditolak.

Kenapa anda tidak berani untuk meluahkan rasa cinta pada si dia? Ini kerana anda takut apabila cinta ditolak. Anda bagaikan tidak dapat menerima jawapan tersebut. Jika diikutkan secara logik, tidak semua perkara yang kita suka, minat atau mahu akan terus menjadi milik kita. Jadi, psikologi dalam diri anda perlu diubah supaya anda tidak terlalu mengharap dengan jawapan yang positif dari si dia.

Setkan minda anda “Alahhh, biasa lah kalau cinta kena tolak, mungkin tiada jodoh…”

Ataupun “Pasti Allah akan memberi yang terbaik untuk aku, sekurang-kurangnya aku dah berusaha…”

3. Takut dipermainkan.

Anda adalah seorang yang berfikiran jauh. Sekiranya anda meluahkan perasaan cinta pada si dia, anda khuatir jika dia akan melukakan hati anda kelak. Pada mulanya memanglah si dia dapat menerima anda, tetapi lama-kelamaan pasti perasaan akan mula berubah dan sebagainya. Perkara sebegini menunjukkan anda tiada keyakinan, dan seolah-olah tidak dapat menerima takdir Allah. Jika anda yakin dengan ketentuan Allah, pasti anda yakin untuk memilih jalan hidup sendiri.

4. Terlalu malu.

Berkemungkinan anda adalah seorang yang introvert atau pendiam. Anda benar-benar mahu meluahkan perasaan, tetapi perasaan malu menguasi diri anda sepenuhnya. Jika situasi begini terjadi,wakilkan pihak ketiga untuk menyatakan perasaan dan hasrat anda pada si dia. Mudah.

5. Lebih rela suka dalam diam.

Anda takut untuk meluahkan perasaan cinta pada si dia, kerana anda lebih rela berkawan dengannya. Jika anda mula meluahkan perasaan, anda takut hubungan anda dengan si dia mula berantakan sebagai sahabat. Dan lama-kelamaan hubungan akan putus, dan tidak lagi menghubungi antara satu sama lain. Jadi, anda memang lebih rela suka dalam diam sahaja.

6. Tidak mahu menjadi perigi mencari timba.

Khusus pada kaum wanita yang sememangnya berpendirian tetap. Berbuih mulut sahabat menyuruh anda untuk memulakan salam perkenalan dengan si dia atau cuba untuk meluahkan perasaan terlebih dahulu. Namun, anda tetap dengan pendirian anda untuk tidak meluahkan perasaan dahulu kerana tidak mahu digelar sebagai Perigi Mencari Timba. Anda bermatian-matian tidak mahu memegang title itu. Jadi, tunggu sahaja jodoh jatuh dari langit.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen