“Pada Para Isteri, Pikat Suami Anda Dengan Cara Islam” Tips Dari Ustazah Norhafizah.

Dalam Islam, setelah berumah tangga juga jangan lupa untuk sentiasa mengenali pasangan. Apa yang kita selalu lakukan adalah hanya mengenali pasangan pada awal perkenalan sahaja. Kita seperti berhenti untuk mengenali pasangan usai sahaja mengetahui latar belakangnya sahaja. Selepas itu apabila sudah mengetahui sikap sebenar pasangan, kita menjadi ragu-ragu dan seolah-olah tidak dapat menerima perubahan sikapnya yang sebegitu.

Secara saintifiknya, perubahan kelakuan manusia ini sentiasa barubah mengikut keadaan, masa dan waktu. Sudah tentu ketika bujang sikapnya lain, dan selepas berkahwin akan mengalami perubahan juga. Jika hobi dan kesukaan kita juga sentiasa berubah mengikut umur, apatah lagi sikap manusia dan perasaan yang mudah berbolak-balik ini.

Jadi, kepada pasangan yang bakal berkahwin dan menjadi suami isteri kelak, harus mengetahui bahawa pasangan anda bukannya sempurna dan memang mudah berubah ikut pengaruh dari orang atau keadaan. Jom ikuti tips dari Ustazah Norhafizah ini…

********

1. Cara bercakap dengan suami seolah-olah mengikut bacaan tajwid Mad Arid Lissukun.

Maknanya yang mempunyai harakat sekurang-kurangnya dua harakat. Tukar juga cara bercakap dengan hujung ayat anda dipanjangkan sedikit. Tapi jangan panjang sangat sampai 8 harakat, itu geram namanya.

2. Berbual dengan selalu menyebut nama suami atau isteri.

Panggillah pasangan anda dengan panggilan manja dan menyenangkan. Malah sedap didengar apabila dipanggil. Seperti sayang, manja, baby, abang. Jika panggilan manja seperti mok atau yang berkenaan dengan fizikla takut pasangan terasa hati pula.

Praktikkan dengan kerap menggunakan gelaran itu berulang-ulang kali. Barulah komunikasi sesama anda semakin ada jiwa!

3. Isteri kena pandai 'market' diri.

Jika anda sudah berkahwin dengan pasangan, pasti sebenarnya anda sudah dapat melentur egonya sedikit. Setelah berkahwin ini lah tunjuk yang anda benar-benar mahukan dia. Janganlah hanya lakukan ketika sebelum berkahwin dimana sudah sah-sah belum halal lagi, kan? Sekarang ni dah halal ‘market’ kan lah diri anda sedaya upaya untuk menggoda encik suami.

4. Biar kalau bercakap bagi motivasi, semangat dan harapan kepada orang yang mendengar.

Biar orang yang tengah stres, kita datang bercakap dengan cara begini lapang dada mereka. Jadikan ia sebagai budaya tidak kira ketika bercakap dengan suami mahupun rakan sekerja di pejabat. Selain membangkitkan keakraban suami isteri melalui pertuturan, berikut antara amalan sunah Rasulullah SAW yang boleh dipraktikkan bersama.

Selain daripada itu, anda juga boleh praktikkan untuk..

  • Makan atau minum dalam bekas yang sama
  • Mengungkap kata-kata cinta setiap hari
  • Saling bergurau senda dan gelak tawa tanpa menggunakan kata-kata yang boleh menyakiti hati isteri atau suami
  • Mencium suami/isteri sebelum ke luar rumah dan sebaik pulang ke rumah
  • Memberi kesenangan dan tidak menyusahkan isteri dengan cara menghiburkan hati mereka
  • Isteri Rasulullah, Aisyah r.a turut menyisir rambut dan meletakkan wangian ke tubuh Rasulullah dengan wangian yang terbaik

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen