5 Situasi Teman Lelaki Atau Suami Mahu Anda Diam Dan Tidak Masuk Campur.

Dalam perhubungan, apabila berlaku pertelingkahan, pasti salah seorang akan mendiamkan diri, bisu seribu bahasa dan cuba menjauhkan diri. Bukan tidak mahu memperbetulkan keadaan dan konflik, cuma perlu diberikan masa atau ruang untuk bertenang. Malah untuk berfikir dengan lebih rasional.

Ada sahaja pasangan, selesai sahaja pergaduhan atau berbeza pendapat, mereka akan bertenang dan mula mencari antara mereka satu sama lain kerana berasa sesak dan rindu apabila berjauhan. Dan ada juga antara pasangan, yang hanya berlalu pergi tanpa isyarat membiarkan kekasihnya terkontang-kanting bersendirian (dimana ia tidak elok untuk hubungan).

Namun, jika berlaku antara 5 situasi ini pasangan mahu anda diam dan tak perlu menyampuk, jom semak…

1. Apabila berlakunya berbeza pendapat.

Jika berlakunya perbezaan pendapat, pasti salah seorang daripada anda akan menjadi salah faham. Perkara ini akan menjurus anda terus menyoal bertubi-tubi tentang pendapat tersebut sehingga anda mendapat jawapan yang anda inginkan. Kiranya, anda sahaja yang berpuas hati dengan jawapan tersebut. Tetapi pasangan anda pula bagaimana?

Sudah lah anda salah faham, kemudian tanya soalan bertubi-tubi dimana sudah terang lagi bersuluh jawapan yang dia bagi itu adalah benar.

2. Tiada topik yang ingin dibincangkan.

Kaum wanita sudah pasti hanya tahu berbual tentang isu kecantikan, kesihatan, gossip artis, gossip jiran, gossip rakan sepejabat atau lebih senang cerita ‘mengumpat’. Apabila tiada topik yang ingin dibual atau dibincangkan dengan pasangan, anda ulang kembali topik tersebut sehingga pasangan rimas.

Umpatan atau gossip ini tidak sihat dalam perhubungan, kerana ia menunjukkan anda akan bercakap belakang mengenai pasangan, atau tentang ahli keluarganya juga.

3. Jangan memberi respon sekiranya terlihat kawan meroyan di sosial media.

Kebanyakannya situasi ini terjadi akibat kaum wanita yang suka meroyan di sosial media. Bukan sahaja di facebook atau di twitter, malah di whatsapp juga. Apabila anda terlihat status rakan dan secara tiba-tiba anda tersentap dengan status tersebut. Anda merasakan ia seolah-olah untuk anda. Janganlah terus menyerang dan masuk campur.

Bukan sahaja anda berfikiran buruk terhadap mereka yang lama-kelamaan akan hilang persahabatan, bahkan khuatir pula anda akan mengaibkan pasangan melalui cara tersebut. Apabila wanita berbicara pasti tiada henti sehingga mengumpat dan mengaibkan.

4. Apabila ahli keluarga pasangan meluahkan perasaan.

Pada yang masih belum berkahwin dan mungkin dalam tempoh pertunangan, secara tiba-tiba anda terlibat dalam sesi luahan perasaan dari ahli keluarga pasangan. Ketika dan saat ini, eloklah anda berdiam diri tanpa menyuarakan pendapat dengan rela hati. Selagi ia bukan berkenaan dengan anda secara peribadi, baik berdiam diri sebelum keadaan menjadi parah.

Apatah lagi yang belum berkahwin, yang belum ada ikatan sah lagi, memang tidak boleh sama sekali untuk menyampuk!

5. Anda memang seorang yang hambar.

Perkara ini sering terjadi pada anda. Tidak kira ketika berbual dengan sahabat atau ahli keluarga, dengan pasangan juga boleh berasa kekok sekiranya isu yang dibualkan tidak menarik. Malah jika ingin membuat lawak jenaka, lawak anda tidak lucu malah menyakitkan hati orang lain pula. Lebih baik anda senyap sahaja, okay!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen