10 Kebiasaan Yang Membuat Lelaki Hilang Minat Terhadap Anda Ketika Saling Membalas Mesej.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika dalam tempoh perkenalan, sudah pastilah mesej, WhatsApp, Wechat, atau apa-apa pun yang akan memudahkan anda dan dia untuk saling berhubung. Hal ini kerana, perkara ini dikatakan lebih mudah untuk kekal berkomunikasi walaupun dalam keadaan yang agak sibuk. Bahkan ia adalah salah satu cara yang lebih mudah.

Untuk pikat hati orang lelaki ini sudah pastilah ia seseorang yang pandai mengambil hatinya walaupun hanya bermula dengan saling membalas pesanan. Semakin kerap berhubung antara satu sama lain, semakin eratlah perhubungan sekiranya seseorang itu bijak memikat hatinya.



Berikut adalah kebiasaan yang membuat lelaki hilang minat terhadap anda.

1. Perbualan yang membosankan. Kerap bertanya perkara yang sama berulang kali. Sebagai contoh dah makan? Tengah buat apa?

2. Terlalu banyak menghantar pesanan membuatkan lelaki berasa rimas. Ia seolah-olah anda sedang mendesaknya untuk berikan anda perhatian.

3. Membalas dengan pendek seperti tak, bukan, atau yelah. Ini sudah jelas anda tidak mahu melayani dirinya.

4. Abaikan pujian yang dirinya berikan. Mungkin anda tidak mahu berbangga diri, tapi sekurang-kurangnya membalas dengan satu perkara yang membuat dirinya tertarik.

5. Sengaja buat-buat salah menghantar mesej. Mungkin niat anda membuat dirinya berasa cemburu tapi ia akan timbulkan rasa menyampah terhadap anda.



6. Memaksa dirinya membalas pesanan anda pada waktu berkerja juga akan membuat dirinya hilang minat terhadap anda. Lelaki tidak suka dipaksa ya.

7. Penggunaan huruf juga penting ye. Pastikan anda tidak menggunakan huruf besar ketika membalas mesejnya. Ia seolah-olah anda sedang marah atau malas melayaninya.

8. Elakkan penggunaan bahasa yang terlalu formal. Ia akan menimbulkan rasa kurang selesa pasangan. Pastikan anda timbulkan suasana yang lebih santai.

9. Membalas dengan emoji juga tidak akan menarik perhatiannya. Walaupun anda ingin melambangkan itu riak wajah anda. Jadi seiringkan emoji dan kata-kata.

10. Membiarkan dirinya tertunggu anda membalas mesejnya juga adalah perkara yang tidak menyeronokkan. Terutama jika dia melihat anda sedang online, pastilah ia merasakan anda tidak berminat terhadapnya.

Walaupun dirinya sudah menyukai anda, tetapi jika anda amalkan kesemua perkara di atas, ia akan menghilangkan minatnya terhadap anda sedikit demi sedikit. Jadi segera lakukan tindakan, jangan biarkan dirinya mula berpaling dari anda.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen