Kenali Si Dia Melalui Genre Muzik Yang Disukainya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti mempunyai minat terhadap muzik, walaupun hanya mendengar lagu ketika memandu pasti ada satu genre muzik yang amat disukainya. Muzik ini bukan hanya enak untuk didengari malah juga dapat menenangkan hati dan fikiran apabila berhadapan dengan satu perkara yang tidak tidak menyeronokkan. Muzik ini mempunyai pelbagi jenis genre, dan melalui ia juga, kita dapat mengenali sikap seseorang.

Setiap genre ini akan menunjukkan keperibadian yang berbeza kepada peminatnya. Mari ketahuinya.



1. Muzik kelasik.

Penggemar muzik ini biasanya adalah seorang introvert. Mereka yang menyukai genre muzik ini biasanya adalah seseorang yang sangat menghargai diri mereka sendiri. Mereka ini juga dikatakan, seorang yang pendiam, sukakan ketenangan serta sorang yang bijak. Jadi tidak hairanlah sekiranya dirinya tidak sukakan konflik dalam kehidupan hariannya.

2. Muzik hip hop atau rap.

Jika pasangan anda menyukai genre muzik ini, mereka ini dikatakan seorang yang bertenaga, mudah bergaul, pentingkan harga dirinya serta outgoing. Tidak hanya dengan itu, mereka yang menyukai hip hop ini dikatakan seorang yang kreatif, berimaginasi dan juga pantas dalam setiap tindakan. Mana tidaknya lagu inikan agak pantas untuk menyanyikannya.

3. Muzik pop.

Muzik pop antara muzik yang akan terkenal. Jadi mereka yang menyukai genre muzik ini dikatakan mempunyai keperibadian yang lebih santai, mudah berkongsi, suka melihat kebahagiaan serta sukakan perkara yang memudahkan dirinya. Tidak hanya itu, mereka yang menyukai genre ini juga dikatakan kurang menyukai perhatian, tenang bahkan sukakan kedamaian.



4. Muzik rock.

Apabila bercakap mengenai muzik rock ini, pasti akan dikaitkan dengan perkara yang ganas dan kekerasan. Namun begitu, sebenarnya pengemar muzik rock ini mempunyai jiwa yang lebih sensitive. Kebanyakkan dari mereka ini lebih merendah diri, sukar untuk bersosial serta suka menyendiri. Boleh dikatakan mereka ini diluaran sahaja Nampak ganas, tapi dalam hati ada taman.

5. Muzik jazz dan blues.

Muzik ini juga banyak peminantnya. Jika pasangan anda menyukai genre muzik ini pastilah dirinya mempunyai keperibadian seperti kreatif, cergas, mudah difahami terbuka dan akan tenang. Sama jugalah seperti nada lagu ini.

6. Muzik indie.

Jenis muzik ini tidak sesuai dan anti arus perdana . Tidak hairan jika peribadi yang menyukai jenis muzik ini mempunyai keperibadian tertutup, lebih merendah diri, kurang sensitif, dan sering cemas. Di sisi lain, peminat muzik indie ini bijak serta mempunyai kreativiti yang tinggi serta mempunyai pola pikir yang luar biasa.

Namun begitu, ini hanyalah perhatian secara rawak terhadap peminat-peminat muzik ini. Jangan mengambil perkara ini secara serius.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen