Menurut Kajian, Cinta Boleh Membuatkan Seseorang Menjadi Tidak Tentu Arah. Betul Ke?

Apa itu cinta pandang pertama dan apa sebabnya?

Memang susah nak terangkan apa itu cinta pandang pertama sebab tiada siapa yang dapat menerangkan sebenar-benarnya macam mana rasanya apabila jatuh cinta.

Walau bagaimanapun, seorang penyelidik telah menjalankan satu kajian dan beliau mengenal pasti sebab kenapa kita menjadi tidak tentu arah ketika dilamun cinta

Penulis Neuroimaging of Love: Analysis Evidence toward New Perspectives in Sexual Medicine, Dr Stephanie Cacioppo telah membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku di dalam otak kita apabila kita jatuh cinta.

Hasil kajian mendapati bahawa 12 bahagian pada otak akan melepaskan tindak balas kimia dan hormon, dan tindak balas itulah yang mewujudkan perasaan jatuh cinta. Biar betul?

Tindak balas kimia dan hormon yang berlaku boleh membuatkan seseorang itu jatuh cinta dalam masa hanya 5 saat sahaja! Dan perasaan jatuh cinta ini mempunyai kesan tindak balas yang sama apabila seseorang itu sedang khayal di bawah pengaruh dadah.

Akibatnya, ia akan menjadikan seseorang itu berasa gementar, bertukar suara menjadi halus secara tiba-tiba, mula memikirkan yang bukan-bukan dan menjadi gelisah.

Menurut sains, perasaan cinta merangkumi 4 dimensi berbeza yang mungkin ramai tidak tahu

Dr Cacioppo menjelaskan bahawa perasaan cinta itu mempunyai banyak maksud.

Dari segi sains, cinta adalah naluri dan emosi.

Tetapi pada masa yang sama cinta merupakan emosi psikologi dan mental yang kompleks yang merangkumi 4 dimensi iaitu tindak balas, pengenalan, keutamaan, dan perasaan untuk bersama seseorang.

Tetapi, macam mana cinta boleh buat seseorang itu tidak tentu arah? Ini penjelasannya:

Dr. Cacioppo berkata cinta itu berkait rapat dengan aktiviti otak yang melepaskan dopamine iaitu tindak balas otak yang membuat seseorang itu menjadi gembira. Tindak balas ini selalunya berfungsi sebagai sesuatu yang memberi motivasi kepada seseorang, perasaan puas hati atau ganjaran, dan penyebab kepada tabiat seseorang itu.

Dari sudut pandang ini, cinta dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Apa kaitannya pula cinta dengan degupan jantung?

Dr. Cacioppo berkata, jantung akan berdegup kencang apabila dilamun cinta kerana,

"Cinta adalah sesuatu yang mempunyai kuasa dari segi psikologi, dimana perasaan cinta itu sendiri mampu menyebabkan seseorang itu berasa gementar, meningkatkan degupan jantung, hilang selera makan, dan menyukarkan seseorang itu untuk tidur malam."

********

Jadi, anda pula bagaimana ketika sedang hangat bercinta? Betul ke boleh jadi tidak tentu arah setiap kali bersama pasangan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen