Adab-Adab Mencari Jodoh Dilaman Sosial. Jom Ikuti Perkongsian Ini.

Sebaik-baiknya hendaklah lelaki dan wanita muslimah di dalam media sosial ini mempunyai tujuan yang jelas dalam bersosial.

Nabi SAW bersabda:

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

Sesungguhnya amal itu dengan niat, dan bagi setiap orang itu mendapat balasan berdasarkan apa yang diniatkan...[HR. Al- Bukhari dan Muslim]

Jika hendak mencari jodoh, hendak mencari ilmu, hendak mencari rakan, hendak mencari pekerjaan hendaklah dilakukan dengan fokus dan kaedah yang menepati tujuan.

Pepatah arab menyebut:

من سار على الدرب وصل

Sesiapa yang berjalan atas jalan yang betul, dia akan sampai ke tujuannya...

Sekiranya mahu mencari jodoh, bagi wanita buatlah istikharah dan keputusan adakah kita sanggup melamar lelaki tersebut atau mahu dilamar oleh lelaki. Jika dia (perempuan) yang mahu melamar lelaki, silakan pm/mesej lelaki yang mahu dirisik, tanyakan kedudukan dirinya, berikan maklumat diri dan pengenalan yang dapat membantu si lelaki membuat keputusan.

Jangan hanya komen sia-sia, menyukai dalam diam tanpa ada usaha sehingga membuang masa dan usia.

Jika kita mahu diri kita yang dilamar oleh lelaki, buatlah 'profile' yang dapat membantu lelaki untuk membuat pilihan. Letakkan gambar yang sopan tetapi jelas dan terang. Letakkan biodata diri yang perlu dan paling penting maklumat wali supaya pihak lelaki boleh terus berhubung untuk berurusan.

Jangan biarkan 'profile' media sosial kita misteri, memakai nama samaran, tidak dikenali dan kemudian tidak ada cara hendak dihubungi kecuali melalui mesej-mesej ajak berkenalan yang sia-sia serta lagha.

Bagi lelaki pula, jika berkenan dengan mana-mana muslimah sila menghubunginya dengan sopan dan meminta gambar, biodata diri dan maklumat peribadi yang diperlukan untuk membuat keputusan. Sebaik-baiknya melalui orang tengah agar tidak memalukan muslimah tersebut jika kita berubah fikiran dan tidak berkenan atau supaya tidak dianggap sebagai agen 'scam' penipuan.

Adapun jika tujuan seorang muslim dan muslimah itu bukan hendak mencari jodoh, maka hendaklah dizahirkan status kedudukannya sebagai suami atau isteri orang, usianya dan ditegaskan tujuannya agar tidak menimbulkan fitnah, tidak diganggu lelaki@wanita dan supaya kehormatannya terpelihara.

Media sosial sangat bermanfaat jika digunakan untuk tujuan mencari ilmu dan menambah kenalan atas urusan yang pelbagai. Namun hendaklah kita bijak berkomunikasi dan menjaga penampilan diri agar tidak menjadi fitnah.

لِكُلِّ مَقَامٍ مَقَالٌ

Setiap tempat ada ucapannya yang sesuai....

Wanita yang menjadi isteri, apabila ditulis statusnya sebagai isteri si fulan dan si fulan jarang ada yang menganggu. Begitu juga dengan lelaki kecuali yang memang jenis berhasrat mahu pasang lagi satu isteri. Wanita yang berkerjaya dan profesional dalam bidangnya juga sering dihormati dan tidak diganggu.

Adapun anak gadis dan lelaki bujang yang tidak tentu arah dalam media sosial, hanya menjadikan media ini sebagai tempat keluhan, diari dan ruang membuka aib diri sendiri, hanya memperlihatkan diri yang tidak ada haluan dan tujuan.

Perbaikilah, fokus pada tujuan kerana kehidupan ini jangan disia-siakan waktu dengan sesuatu yang tidak pasti dan tidak ada haluan!

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

 

"Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian... " (Al-Asr: 2)

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen