Tips Dating Kali Pertama Buat Si Pemalu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pertemuan kali pertama ini sudah pasti membimbangkan kedua belah pihak, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sifat pemalu yang tinggi. Mana tidaknya, perasaan malu ini kadang kala sukar dibendung. Apabila terlalu malu sangat, ia mungkin akan membuat seseorang itu hilang keyakinan diri. Tapi jangan risau, sudah pastilah ada cara untuk mengatasinya.

Yang paling utama untuk elakkan rasa malu ini adalah melalui rasa selesa yang anda rasai. Apabila selesa barulah kurang sikit rasa malu itu. Jadi ini beberapa tips yang akan membantu anda.



1. Jangan rasakan anda banyak kekurangan.

Pertama sekali adalah anda perlu mempupuk keyakinan anda sendiri. Jangan merasakan bahawa anda terlalu banyak kekurangan malah jangan mula merasakan bahawa anda ini terlalu sempurna. Pastikan bahawa anda tidak melebihi dan mengurangi apa yang anda patut rasakan. Jangan terlalu bimbang yang mana perlu anda lakukan. Cuba untuk jadi diri sendiri itu adalah pilihan yang lebih baik.

2. Pakai pakaian yang selesa.

Pakaian yang selesa ini penting ye, mana tidaknya dari pakaian ini yang akan membuat anda yakin berserta selesa dengan keadaan persekitaran. Jika anda mengenakan sesuatu yang tidak membuat selesa, kemungkinan mood anda akan lari sedikit apabila berhadapan dengan dirinya. Mana tidaknya, fikiran anda akan berbahagi dua, satu fikirkan pakaian anda dan satu lagi fikirkan pasangan anda ketika itu.



3. Pastikan tempat pertemuan itu selesa dengan anda.

Tempat juga memainkan peranan ye. Jadi jika anda atau dirinya memilih di mana hendak berjumpa, sudah pastilah anda yang menentukan, tapi pastikan dirinya juga selesa dengan keadaan tempat tersebut. Hal ini kerana, suasana tempat yang selesa itu akan membuatkan mood anda lebih tenang untuk meneruskan perbualan.

4. Sediakan topik perbualan.

Apabila anda seorang yang pemalu, jadi anda perlulah lakukan sedikit persiapan sebelum berjumpa dengan si dia. Antara persiapannya adalah menyediakan beberapa tajuk yang boleh anda gunakan sebagai topik perbualan nanti. Sebagai contoh, isu semasa, cerita yang menarik di panggung wayang ataupun tempat makanan yang sedap serta menarik. Cari topik yang boleh anda bualkan secara berlarutan.

5. Jangan malu untuk membalas balik.

Walaupun anda rasa begitu malu berhadapan dengan dirinya, itu tidak bermaksud anda hanya perlu membalas sepatah-sepatah sahaja apa yang dirinya tanyakan kepada anda. Anda perlu berani untuk membalas segala pertanyaan dirinya. Bina keyakinan diri anda.



Paduan ini biasanya akan memberikan kesan kepada pertemuan pertama sekiranya anda benar-benar mendapat keselesaan dan keyakinan dalam diri anda. Dan sudah semestinya akan anda pertemuan yang seterusnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen