“Suka Mengeluh…” Antara Sikap Yang Membuatkan Lelaki Menjauh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki ini kadang kala terlalu cerewet untuk mencari calon isterinya. Mestilah kena cerewet, wanita itukan bakal menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya nanti. Jadi ia perlukan pemilihan yang teliti dan tidak boleh tangkap muat sahaja.

Sama sahaja dengan wanita, pastilah mereka perlukan ketelitian dalam mencari calon suami. Tapi jika anda ingin menjadi wanita yang disenangi oleh orang lelaki, anda patut jauhkan 5 sikap ini. Sebab orang lelaki bencikannya.



1. Kelihatan terhegeh-hegeh.

Jika anda mempunyai sikap seperti ini, sudah pastilah anda bukan menjadi pilihan lelaki itu. Mana tidaknya, dirinya tidak merasakan cabaran dari anda. Dia mahukan sesuatu yang sukar diperoleh barulah dia akan menjaganya dengan baik. Tapi jika wanita itu terlalu terhegeh-hegeh, pastilah dirinya akan memandang rendah terhadap anda. Jadi jual mahal sikit, biar orang kata sombong jangan murah.

2. Nada bercakap terlalu manja.

Sememangnya lelaki sukakan wanita yang manja, tapi manjanya kenalah waktunya. Jika terlalu manja pun merimaskan juga. Lebih rimas apabila nada bercakap anda terlalu manja. Apabila keadaan serius pun anda akan kelihatan sedikit gedik. Pastilah ia akan menjatuhkan air muka pasangan anda. Jadi, gunakan nada yang bersesuaian dengan keadaan. Jika ingin bermanja barulah gunakan nada yang manja.

3. Banyak mengeluh.

Wanita ini seperti tulang belakang seorang lelaki. Jadi sudah pastilah seorang wanita itu perlu mempunyai semangat yang kuat serta cekal. Jadi apabila pasangannya kehilangan semangat barulah anda pendorongnya. Tapi jika sejenis yang suka mengeluh ini, pastilah ia akan merimaskan lelaki. Mana tidaknya dari ada semangat pun boleh hilang semangat apabila terlalu kerap dengar anda mengeluh.



4. Terlalu banyak hantar pesanan.

Biasalah jika ada perasaan rindu terhadap kekasih hati ini. Tapi jika rindu itu terlalu berlebihan sehingga mengganggu dirinya pastilah ia bukan satu perkara yang disenangi. Sebagai contoh, anda menghantar terlalu banyak mesej kepadanya. Dan setiap masa bertanyakan, “tengah buat apa?” “dah makan?” pasti lah merimaskan.

5. Terlalu materalistik.

Lelaki ini banyak tanggungannya. Ingin fikirkan mengenai wang hantaran lagi, nak fikirkan rumah dan kereta lagi. Jadi apabila anda terlalu meminta-minat, ia pasti bukan sikap yang disenangi lelaki. Lainlah anda menggunakan wang anda sendiri, dirinya pasti tidak kisah tapi kalau wang darinya, pasti memeningkan kepala.

Kesimpulannya, jika anda miliki sifat sebegini, boleh dah kurang-kurangkan. Jangan terlalu tonjolkan sikap ini. Ia bukan satu sikap yang disukai lelaki tetapi adalah sikap yang menjauhkan orang lelaki.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen