5 Tempat Dating Kegemaran Orang Lelaki Yang Patut Anda Cuba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk pikat hati lelaki ini sudah pastilah melalui apa yang disukainya bukan? Jadi sebagai seorang pasangan yang ingin dikasihi dengan lebih, cuba sekali sekala anda pula yang memahami orang lelaki. Sebagai contoh, apa yang dirinya suka dan tempat bagaimana bagi dirinya sedikit menyenangkan.

Selalunya wanita ini sukakan tempat-tempat hipster, pusat membeli belah tidak pun tempat yang sedikit mahal bukan? Tapi adakah pasangan anda itu suka akan tempat-tempat sebegitu? Meh cari tahu akan beberapa tempat yang mereka ini selesa untuk pergi.



1. Gerai tepi jalan.

Kebanyakkan wanita agak tidak suka pergi ke gerai tepi jalan ini. Mana tidaknya, suasana yang tidak romantik bahkan kadang kala ia agak bising. Jadi apabila ingin berdating pastilah inginkan suasana yang senyap dan menyenangkan. Tapi tempat sebeginilah yang disukai lelaki. Walaupun suasananya agak menyakitkan hati tapi ia bersesuaian dengan mereka. Mana tidaknya, harga makanan murah malah mereka lebih berasa santai.

2. Kedai mamak.

Ini juga salah satu tempat yang mereka sukai, mana tidaknya sambil berdating bolehlah mereka ini menonton bola. Jadi sebagai pasangan yang baik, anda seharusnya menyokong sahaja jika mereka ini pergi ke tempat sebegini. Pastilah tempat sebegini tidak ada wanita cantik yang akan cuba pikat pasangan anda. Namun, jika ditemani anda pasti dia akan lebih bahagia.

3. Panggung wayang.

Tempat ini pastilah anda suka juga bukan? Jadi tidak ada masalah jika pasangan anda mengajak pergi ke sini. Anda hanya perlu menonton wayang dan makan popcorn bersama sahaja. Suasana di dalamnya juga agak romantik buat yang sedang hangat bercinta.



4. Uptown.

Selain tempat menjual barangan murah, tempat ini juga menjadi kegemaran orang lelaki. Mana tidaknya, jika bawa anda kesini jimat sedikit wangnya tapi jika bawa anda ke pusat beli belah sudah pasti lah dirinya akan banyak mengeluarkan perbelanjaan. Sebab itulah mereka lebih senang mengajak anda ke uptown.

5. Tempat yang santai.

Selain dari empat tempat di atas, orang lelaki juga suka pergi ke tempat yang tenang. Sebagai contoh di taman-taman bunga tidak pun pergi ke taman reaksi rekreasi. Selain menghirup udara yang segar, mereka juga boleh melihat aktiviti luar.

Jadi sebagai wanita, tidak salah jika kita ini menerima tempat-tempat sebegini. Saat inilah yang anda boleh tunjukkan bahawa anda adalah pasangan yang sanggup susah senang bersamanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen