Rasa Tidak Yakin Dengan Hubungan Anda, Cuba Lihat Perkara Ini Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala pasangan yang ada itu tidak membuatkan anda berasa yakin bahawa perhubungan kalian itu akan berakhir dengan satu kebahagiaan. Mungkin anda sendiri yang tidak yakin atau sememangnya tingkah pasangan anda yang membuatkan perasaan ini timbul. Namun anda tidak boleh buat andaian yang terlebih dahulu.

Mana tidaknya kadang kita ingat salah diri dia, tapi ia berpunca salah diri sendiri. Jadi sebelum anda ingat membuat keputusan mari lihat perkara yang perlu anda pertimbangkan.



1. Perhatikan mood anda.

Cuba lihat kembali, ketika anda merasakan perkara ini apa mood anda pada ketika itu? Adakah anda sedang tersenyum apabila melihat kenangan kalian? Adakah anda dan dia sedang bergaduh besar? Atau sikap serta kelakuan dirinya yang menjauh dari anda, menyebabkan anda sedih? Jika anda buat keputusan berdasarkan kerana anda sedih dan mood anda tidak berada dalam keadaan baik, mungkin itu hanya perasaan anda sendiri sahaja.

2. Naluri anda.

Setiap kali anda bersama dengan dirinya apa yang anda rasakan? Yakin, bahagia atau sedikit was-was, yang mana? Biasanya seseorang yang ingin membuat pertimbangan akan mendengar kata hati mereka. Jadi apa kata anda dengar apa yang naluri anda rasakan ketika bersama dirinya. Selepas itu barulah anda boleh membuat keputusan yang anda mahukan.

3. Tingkah laku dirinya.

Biasanya tingkah laku pasangan akan memberi kesan kepada setiap keputusan yang ingin kita lakukan. Sebagai contoh, jika layanan dirinya tidak bersesuaian dengan apa yang kita mahukan, itu lah yang membuat kita rasa tidak yakin dengan dirinya. Cuba jika dirinya memberikan layanan yang baik pasti anda merasakan dia adalah pasangan yang tepat. Jadi keputusan anda itu berdasarkan sikapnya terhadap anda juga.



4. Apa yang anda mahukan.

Hubungan yang ada ini tidak seperti yang anda mahukan? Dirinya tidak seperti yang anda harapkan? Adakah itu membuat anda berasa tidak yakin? Cuba fikir sedalam-dalamnya akan kebaikan yang penah kalian lalui bersama-sama. Bahkan cuba fikir kembali apa kebaikan yang ada pada dirinya yang tidak penah anda hargai.

5. Berdoa.

Jika anda merasakan tidak yakin terhadap perhubungan anda, maka banyakan untuk berdoa dan memohon sesuatu yang menenagkan diri anda. Bukan hanya itu sahaja, minat kepadanya untuk memberikan anda sedikit petunjuk tentang keputusan yang mana harus anda ambil.

Kadang kala perasaan tidak yakin ini hadir kerana kita terlalu banyak berfikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Bahkan, kita yang sentiasa mahukan lebih baik dari yang kita anda. Jadi sebelum anda menyesal dikemudian hari, adalah lebih baik anda berfikiran dengan jelas serta pertimbangkan apa yang bakal anda lakukan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen