Antara Perkara Yang Membuat Lelaki Rasa Insecure Terhadap Pasangan Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan ragu-ragu dan tidak yakin terhadap pasangan ini boleh sahaja terjadi pada lelaki, walaupun kita kerap kali mendengar bahawa wanita lebih mudah timbul perasaan sebegini. Namun, itu bukan bermakna orang lelaki tidak mempunyai perasaan sedemikain. Yang membezakannya adalah bagaimana mereka ini mengawal perasaan tersebut.

Orang lelaki ini apabila mereka ada rasa insecure, mereka tidak akan tunjukkan perasaan tersebut. Tapi anda boleh melihat perbuatan dan layanannya terhadap anda. Jika anda lihat dirinya itu seperti endah tidak endah terhadap anda pasti anda yang bermain dihati dan fikirannya.

Berikut adalah perkara yang membuat seorang lelaki insecure terhadap pasangan mereka.



1. Melihat cara anda berkawan.

Bagi seorang wanita, tidak salah sekiranya dia mempunyai pelbagai jenis rakan, tidak kiralah rakan lelaki awatu wanita. Selagi dirinya tahu menjaga batas-batas pergaulan itu sudah memadai. Namun begitu, kadang kala cara kita berkawan itu mungkin akan kelihatan berlebihan di mata lelaki, jadi mereka ini akan rasa tidak yakin dan sedikit terancam dengan rakan sekeliling anda.

2. Bekas kekasihnya pernah berlaku curang.

Sejarah yang lepas boleh membuatkan seseorang itu sentiasa berwaspada dengan perhubungan yang baru. Mana tidaknya dirinya tidak mahu terluka buat kali kedua. Sebab itulah dirinya sentiasa rasa tidak yakin dengan anda. Jika pasangan anda miliki sejarah seperti ini, anda seharusnya lebih berhati-hati. Hal ini kerana mereka ini lebih protective terhadap diri mereka. Itu yang kadang kala mereka ini akan sedikit agresif.

3. Rasa tidak yakin.

Orang lelaki ini kadang kala akan merasakan sedikit tercabar dengan bekas kekasih pasangannya. Mana tidaknya, dirinya akan melihat dan meneliti kelebihan bekas kekasih anda itu dengan lebih terperinci. Dimana mereka ini ingin tahu apa perkara yang membuat anda terpikat dengan lelaki tersebut dan selepas itu dia akan membuat perbandingan dengan dirinya. Jadi dirinya sendiri akan rasa tidak yakin itu yang menyebabkan anda terkena tempiasnya.



4. Tidak percaya akan anda.

Boleh jadi juga timbul rasa insecure ini hanya kerana dirinya masih belum bersedia untuk mempercayai anda. Maka akan timbullah pelbagai perasaan yang negatif apabila dirinya sendiri yang tidak mahu percaya akan anda. Biasanya mereka ini yang berfikir secara berlebihan.

5. Tidak boleh menerima kritikan.

Anda menasihati dirinya kerana mahu memperbetulkan perkara yang salah, tapi dirinya pula beranggapan perkara yang berlainan. Dia tidak dapat menerima teguran dari anda, malah dia menganggap bahawa anda yang tidak boleh menerima kelemahan dirinya sedangkan anda hanya ingin memperbaiki sahaja. Jadi timbul salah faham hanya kerana perkara yang remeh sebegini.

Jadi, jangan sangka wanita sahaja akan ada perasaan insecure ini. Lelaki pun ada juga, cuba yang membezakan bagaimana mereka ini luahkan apa yang mereka rasakan itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen