Antara Ragaman Orang Lelaki Sebelum Berkahwin Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dari luaran anda lihat kekasih hati anda itu begitu sedap mata memandang, handsome serta kelihatan terurus sahaja. Namun begitu, anda tidak tahu ragam dirinya yang sebenar. Banyak perkara yang wanita tidak tahu akan kelakuan orang lelaki sebelum anda berkahwin dengan dirinya bukan? Jadi mari kita ketahui sedikit bagaimana mereka ini.



1. Dia simpati bercampur takut mengenangkan anda harus lalui proses bersalin. Tetapi selepas beranak satu, jadual bersalin anda sama padat dengan acara aktivitinya.

2. Dia mencintai dan menerima anda seadaanya, tetapi artis pujaannya tetap wanita paling cantik di dunia.

3. Dia tidak akan faham kenapa anda tidak makan nasi supaya berat badan turun. Anda tidak faham mengapa dia hisap rokok sampai indeks kualiti udara di rumah tidak turun-turun.

4. Anda disuruh berjimat kerana harga barang dan minyak telah naik, tetapi dia masih hisap rokok 10 kotak sehari.

5. Sebaliknya, dia seorang yang lebih cerewet dalam bab mengemas rumah, mengalahkan ibu anda sendiri.

6. Kelihatan gagah perkasa itu rupanya takut pada anak kucing.

7. Keretanya berhabuk secuit, dia akan mandikan dengan penuh kasih sayang dan mesra. Bilik air berkulat? Tahun depan pun belum tentu dia akan cuci.

8. Dia yang macho dan cool itu pandai merajuk kerana anda ‘terminat’ Justin bieber dan Shawn Mendes.

9. Kahwinlah berpuluh tahun pun, dia tetap akan bangun lambat setiap kali bermalam di rumah ibunya.

10. Bonus hujung tahun digunakan untuk up-grade keretanya yang sudah sedia tip top. Tetapi bukan untuk beli baju baru atau alat solek supaya isterinya bertambah tip top.

11. Dia mendengar dengan penuh perasaan setiap kata anda sebelum berkahwin. Selepas kahwin, anak-anak akan menjadi agen perantara.

12. Dia yang kacak di mata anda itu rupanya mandi hanya 20 saat sahaja.

13. Jangan suruh dia membuang sampah ketika dia sedang menonton World Cup.

14. Letaklah meriam di sebelah telinganya, dia tetap akan melingkar di katil. Tetapi, cuba beritahu yang kawannya datang dan ajak untuk menonton bola atau melakukan aktiviti yang disukai.

Haaa, cuba tanya pasangan masing-masing ada atau tidak sikap mereka seperti ini. Pasti ada di antara pasangan anda yang mempunyai sikap seperti ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen