Wanita Jangan Terlalu Mengejar Cinta Lelaki, Ini Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya apabila kita sudah mula suka akan seseorang itu sudah pasti lah kita akan bersungguh-sungguh untuk memikat hatinya. Dari mula berikan ayat power sampailah berikan makanan untuknya setiap hari. Itulah perkara biasa yang wanita akan lakukan apabila mula melakukan projek memikat lelaki yang diminati.

Tidak cukup dengan itu, wajahnya disapu pemerah pipi, senyuman yang paling menawan diberi bahkan ada nada manja dalam setiap katanya. Tapi wahai wanita sekalian, jangan melakukan itu semua. Ia hanya membuatkan lelaki takut untuk mendekati anda.

Biarkan perasaan itu hadir dengan sendiri, jangan memaksa seseorang itu sukakan kita. Kalau anda dah usaha, tawakal saja. Ini antara sebab kenapa lelaki tak suka dikejar oleh wanita.



1. Mereka akan mula takut dengan anda.

Lelaki ini takut dengan tanggungjawab, jadi apabila anda terlalu mengejar dirinya, ia seumpama satu tanggungjawab yang berat bagi dirinya. Jadi, jika lelaki itu memang ingin bersama anda, pasti mereka akan tunjukkan usaha dan tak perlu sampai anda terkejar-kejar.

2. Anda boleh jadi paranoid.

Mengejar lelaki sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mental. Anda boleh jadi cemas dan paranoid setiap kali melihat akaun media sosial mereka dan merasakan semua post ditujukan kepada anda. Sedangkan anda tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar sukakan anda atau tidak.

3. Anda akan jatuhkan maruah anda sendiri.

Apabila anda terlalu mengejar seseorang lelaki, sudah pastilah anda akan menjadi buah mulut orang. Bahkan anda juga akan memalukan diri anda serta lelaki terbabit. Jadi bagaimana dirinya ingin menerima cinta dari anda jika anda sudah membuat dirinya malu serta dipandang rendah olehnya.



4. Membuang masa.

Anda akan menghabiskan banyak masa dengan mengejar cinta lelaki yang tidak pasti. Belum tentu orang yang anda kejar itu adalah jodoh sebenar anda. Jadi anda telah membuang banyak masa dengan menunggu dirinya. Hal ini kerana, anda hanya akan menumpukan dia, sudah tentu lah bukan orang lain di sekeliling anda.

5. Kehilangan peluang bertemu dengan lelaki yang tepat.

Ini antara alasan tepat supaya anda berhenti mengejar lelaki. Nanti bila anda dah sedar bahawa cinta anda itu bertepuk sebelah tangan, barulah nak menyesal. Mana tahu masa tu anda sebenarnya hilang peluang untuk bertemu dengan lelaki yang tepat.

6. Anda bakal dipermainkan.

Jika anda terlalu mudah menjinakkan diri anda dengan orang lelaki ini, mereka ini akan mengambil kesempatan pula ke atas anda. Jadi adalah lebih baik anda jual mahal sedikit barulah anda kelihatan mempunyai kelas yang tersendiri.

Tidak salah untuk mengejar lelaki ini, dan tidak salah untuk menjadi pergi mencari timba, tetapi anda tidak boleh lakukan secara berlebihan. Cukup jika anda sudah berusaha tapi dirinya tidak menunjukkan minat maka lebih baik anda berhenti mengejarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen