12 Situasi Yang Menyebabkan Wanita Menangis.

Secara lahiriah, hormon dalam badan wanita yang menyebabkan mereka ini lebih beremosi berbanding lelaki. Hormon estrogen adalah hormon utama pada badan wanita yang menentukan emosi mereka. Malah ia juga amat mempengaruhi kestabilan mood wanita.

Di bawah ini antara situasi yang akan menyebabkan wanita akan mengalirkan air mata walaupun setitis. Malah, ada juga sebahagian daripada wanita tidak tahu mengapa mereka menangis kerana perubahan hormon semata-mata.

1. Dimarahi oleh pasangan.

Wanita akan mudah mengalirkan air mata sekiranya mereka dimarahi oleh seseorang terutamanya orang yang mereka sayangi dan cintai. Jika dimarahi oleh pasangan, selalunya kaum wanita akan bertindak diluar kawalan, malah ada juga yang merajuk sahaja kerana mahukan perhatian.

2. Kemarahan yang tak dapat dikawal.

Apabila kaum wanita terlalu marah pada seseorang tidak kisah sesiapa sahaja, pasti mereka akan mengalirkan air mata. Ini terjadi kerana kemarahan yang mahu dilepaskan sudah pada tahap meluap-luap atau mahu meletup. Jadi, bukan sahaja api kemarahan yang keluar, air mata juga turut mengalir.

3. Diherdik dan dikritik secara tiba-tiba.

Situasi ini sering berlaku pada seorang gadis yang selalu diherdik oleh adik-beradik sendiri, atau dikritik oleh rakan-rakan seperjuangan. Siapa sahaja yang tidak berasa sedih jika diperlakukan sebegini bukan. Wanita dewasa selalunya akan bersedih atau menangis jika dikritik oleh majikan.

4. Disisih atau dipinggirkan.

Situasi yang hanya terjadi pada anak-anak kecil jika sering disisihkan oleh rakan-rakan. Tetapi apabila ia berlaku dikalangan remaja, pasti mereka akan berasa sedih dan terjerat dengan perasaan sendiri. Sama sahaja perasaannya apabila dikritik oleh rakan seperjuangan.

5. Menonton rancangan yang menyedihkan.

Secara tipikal situasi ini banyak sahaja berlaku pada kaum wanita. Apa sahaja rancangan yang menyedihkan termasuk movie romantik, pasti mereka akan menangis kegembiraan kerana couple dalam movie tersebut dapat bersama hingga ke akhirnya.

6. Dipaksa melakukan sesuatu perkara yang menakutkan.

Perkara ini juga akan terjadi sehingga menyebabkan wanita menangis ketakutan seperti pergi ke tempat yang menyeramkan. Atau pun melakukan sesuatu aktiviti diluar kemampuannya seperti bungee jumping, menaiki roller coaster dan seumpama dengannya.

7. Perubahan mood secara tiba-tiba.

Secara lumrahnya, wanita memang akan berasa sedih, sebak dan kadang-kala dengan secara tiba-tiba mengalirkan air mata ketika perubahan mood. Situasi ini juga dikenali sebagai PMS dan swing mood.

8. Kehilangan ahli keluarga.

Siapa sahaja yang tidak sedih apabila kehilangan salah seorang daripada ahli keluarga, kan? Setiap insan akan menangis apabila situasi ini yang berlaku dalam hidupnya.

9. Tidak dapat barang yang dihajati.

Jika wanita berkelakuan sebegini, mereka hanya mahukan perhatian sahaja seperti anak-anak kecil memberontak inginkan permainan yang dihajati. Tetapi kadang-kala mereka akan menangis bersendirian.

10. Kematian haiwan peliharaan.

Kematian haiwan kesayangan yang sudah bertahun-tahun lamanya menemani kaum wanita pasti membuat mereka menangis. Kadang-kadang situasi begini juga seumpama putus cinta, makan tak kenyang, mandi tak basah.

11. Cinta yang tak terbalas.

Situasi ini bermaksud apabila wanita jatuh cinta pada seorang lelaki dalam diam. Ia juga dipanggil bertepuk sebelah tangan, oleh kerana itu ia digelar sebagai cinta yang tak terbalas. Lelaki itu sudah berpunya sebenarnya.

12. Putus cinta.

Putus cinta terjadi apabila dua insan yang sedang hangat bercinta dan menjalinkan hubungan yang telah lama, mungkin sudah ke tahap pertunangan atau perkahwinan. Jika ini yang terjadi, pasti ia amat menyeksa jiwa raga dan membuat hati sesiapa sahaja boleh terluka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen