6 Tanda Anda Telah Berjaya Miliki Hati Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Agar sukar untuk memahami hati dan perasaan seseorang. Terutama jika kita tidak dapat menduga setiap perbuatan yang dilakukan itu kerana apa. Biasanya seseorang yang menyukai kita ini akan menunjukkan minat yang perlahan apabila berhadapan dengan kita. Hal ini kerana, diri mereka ini mahu menjaga tingkah laku agar orang yang disukai itu tidak dapat membaca hati perasaannya.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua, itulah peribahasa untuk mereka yang ingin menyimpan perasaan mereka ini tanpa diketahui oleh orang lain. Dalam sedar tak sedar dirinya sendiri yang membuka rahsia hatinya.



Jadi jika anda ingin tahu sekiranya anda telah berjaya mendapat tempat dihatinya atau belum, mari lihat 6 tanda ini.

1. Tidak berhenti bercakap mengenai anda.

Apabila sudah ada perasaan suka dan minat terhadap seseorang, sudah pastilah dirinya akan lebih mudah berkongsi mengenai anda kepada orang lain. Ini kerana, anda sentiasa bermain difikirannya. Jadi apa yang difikirkan pasti akan mudah untuk keluar dari mulut tanpa sengaja.

2. Melayani anda dengan lembut dan berhati-hati.

Sikapnya terhadap anda tidak akan sama dengan orang lain. Dirinya akan lebih prihatin kepada anda. Hal ini kerana, dia ingin menunjukkan perasaan kasih sayang serta minatnya terhadap anda. Ia seperti tunjukkan perasaan melalui tindakannya.

3. Ambil tahu akan perkara yang remeh.

Kerana sudah terlalu menyukai anda, dirinya jadi berminat ingin tahu mengenai kehidupan anda. Tidak kiralah perkara itu sekecil mahupun seremah apa sekali pun, dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.



4. Menghabiskan banyak masa dengan anda.

Apabila sudah mempunyai perasaan terhadap anda, sudah pastilah dirinya akan begitu senang meluangkan masa bersama anda. Setiap perkara yang anda perlukan pertolongan pasti dengan mudah dirinya menghulurkan tangan. Mana tidaknya, itu cara dia meluangkan masa bersama anda.

5. Riak wajah kelihatan ceria.

Dirinya akan begitu teruja jika terlihat anda, bahkan dirinya juga pasti akan kelihatan ceria apabila membuka cerita mengenai anda. Mana tidaknya, dirinya seolah-olah ingin memberitahu semua orang bahawa dia lebih rapat dan kenal anda berbanding yang lain.

6. Dia beritahu bahawa dia sukakan anda.

Jika anda sudah melekat dihati dan fikirannya, sudah pastilah dia tidak boleh untuk menghilangkan perasaan tersebut melainkan berkata jujur kepada anda. Jadi, jika dia sukakan anda tunggu sahaja dirinya meluahkan rasa hatinya itu.

Apabila anda berjaya miliki hati seseorang itu ketika tempoh perkenalan, anda akan mampu lihat perubahannya. Cuba untuk ketahui tindakan-tindakan ini dari rakan-rakannya untuk mengenalpasti dengan lebih jelas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen