“Surirumah Bukan Patung..” Ujar Lelaki Ini.

Masyarakat zaman sekarang seperti memandang rendah pada para isteri yang hanya menjadi surirumah kerana mereka dianggap seperti tidak membuat apa-apa kerja. Bagi pandangan masyarakat, wanita yang bekerja adalah wanita yang mencari rezeki dengan hanya duduk di pejabat, jari-jemari sibuk  menaip papan kekunci dan menghadap komputer.

Masyarakat perlu memandang dengan perspektif yang meluas atau dengan kata mudah, perlu memandang dengan berfikiran terbuka mengenai suri rumah ini seperti yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais

********

Surirumah pun bekerja juga tapi pekerjaannya tak di bayar gaji, tak ada cuti, tak ada bonus, tak di pandang tinggi tapi sekurangnya setiap kerja yang di buat ikhlas dari hati.

Walaupun bekerja tiada punch card tapi mereka ikhlas bangun awal pagi tak pernah ponteng. Malah ada yang bangun seawal jam 4 pagi untuk sediakan sarapan, kejut suami, solat subuh berjemaah, iron baju kerja suami, iron baju sekolah anak, kejut anak bangun, mandikan anak, lap air lecak anak mandi, kemas tilam dan akhir sekali bila anak dan suami dah keluar baru si isteri dapat duduk dan makan sarapan.

Ini baru kerja di awal pagi, belum pun masuk jam 9 pagi lagi. Ada berpuluh lagi tugasan yang perlu diselesaikan setiap hari sendirian tanpa bantuan sesiapa pun. Terlalu panjang nak disenaraikan semua kerja surirumah ni, lebih baik tuan tuan tanya sendiri suri di rumah apa tugasan mereka setiap hari. Saya percaya tuan tuan akan tak tercapai akal bila dengar senarai tugas tu.

Sebab itu saya cakap surirumah bukan patung di rumah. Mereka beri sumbangan yang besar, malah mungkin lebih besar dari suami yang keluar bekerja 8-5 setiap hari.

Tak adil bila suami balik ke rumah merungut penat kerja hari ni, nak berehat. Sedangkan isteri yang kerja dari pagi sampai petang tanpa rehat pun tak mengeluh.

Sekali sekala balik kerja dari duduk goyang kaki di sofa apakata ambil alih tugas menjaga anak sekejap pun cukup membantu bagi isteri. Dapat rehat sekejap pun mereka dah rasa bertuah.

Surirumah yang ikhlas mereka tak pernah meminta gaji, bagi mereka dapat berkhidmat untuk anak dan suami sudah sangat berharga. Suami prihatin dan penyayang adalah gaji yang mereka impikan.

Sesunggunya surirumah bukan patung yang tiada emosi dan tiada keinginan. Mereka pun mahu kelihatan cantik, mahu rasa seronok, mahu bercuti dan mahu rasa apa yang wanita lain rasa.

Hari cuti atau hari minggu daripada duduk rumah apakata bawa satu keluarga keluar jalan-jalan, terubat sikit kebosanan si isteri. Kita cuti sehari duduk rumah pun dah rasa bosan yang amat, inikan pula surirumah yang terperap di rumah setiap hari, setiap minggu, balik balik tengok nona dengan wanita hari ini.

Surirumah banyak membantu suami, banyak menjimatkan perbelanjaan rumah malah kerjaya ini memberikan jaminan keselamatan, keselesaan dan kebahagiaan pada anak-anak juga.

Apalah sangat belanja 40 50 ringgit pada isteri untuk semua jaminan ini, padahal ada orang sanggup bayar ribuan ringgit setiap bulan untuk bayar pengasuh, orang gaji dan hiburan untuk dapatkan keselamatan, keselesaan dan kebahagiaan anak anak mereka.

Tersangatlah rugi besar jika di beri anugerah isteri yang sanggup jadi surirumah sepenuh masa tapi suami sia sia kan anugerah ini. Sayangi mereka, kasihi mereka dan hargailah mereka.

Sesungguhnya anda suami yang bertuah.

Berbanggalah suami

P/s : Suami yang prihatin dan penyayang tak suka melihat isterinya di herdik, di cerca dan di persiakan, sebaliknya suami seperti ini sanggup diri di herdik dan di cerca mencari rezeki asalkan isterinya bahagia.

P/s : Surirumah, isteri bekerja dan ibu ibu yang ada masalah emosi yang kronik dan selalu tertekan bila berada di rumah melihat kenakalan anak-anak. Saya syorkan anda dapatkan Panduan Mengawal Emosi ini, kerana panduan ini boleh membantu anda.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen