"Jangan Lepas Tangan Dan Menganggap Kerja Rumah Itu Tugas Isteri" - Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup dalam rrumahtangga ini perlulah anda tolak ansurnya, bahkan ada tolong menolongnya. Jangan terlalu pentingkan diri, nanti pasangan makan hati pun kita tidak sedar. Nampak luaran bahagia, tapi dalaman penuh dengan luka. Siapa tahukan.

Jadi seorang suami ini perlu juga hulur-hulurkan bantaun kepada isteri. Jangan terlalu harapkan isteri sahaja buat kerja rrumah. Mereka ini dah cukup penat melakukannya setiap hari, jadi tidak salah jika bila masa cuti si suami pula yang lakukan. Mari baca sedikit perkongsian saudara ini mengenai tolong menolong dalam rrumahtangga.



"Ayang, dalam peti ais ada apa lagi?"

Ikan kembung ada 5 ekor, tenggiri sekor, ayam sebelah..."esok ayang pergi pasar ya, duit abang dah letak dalam beg, kalau tak cukup, ambik yang abang selit tepi laci almari tu..."

Esok bila blk keje, "Ayang, pagi tadi pergi pasar habis berapa ringgit...?"

"40 bang" "Dalam beg tinggal lagi brapa?" "30 lagi." Saya ambik beg duit isteri, tambah lagi 50. Esok-esok balik tanya lagi, duit kurang, kita topup. Bukan nak bagitahu yang saya ni banyak duit, tapi itu tanggungjawab suami. Duit yang dia habiskan tu, semua untuk belikan brg-barang untuk dia nak masak. Bagi makan minum ni termasuk dalam nafkah & tanggungjawab seorang suami.

Pastu, buka mesin basuh, tengok ada pakaian tak basuh lagi. "Ayang, ada tak lagi baju-baju kotor yang nak basuh?" Dia ambik, buh dalam mesin. Kita pun masukkan air, masukkan sabun, biar mesin tu jalan sendiri. Siap ja basuh, kita buh dalam bakul. "Abang, tinggal la, esok ayang sidai." “Takpe, ni keje abang, abang sidai jap je ni.”

Ujung-ujung minggu, hari sabtu dan ahad, tanya isteri, "rumah dah sapu ke yang?" "Dah,dua hari lepas bang.” "Ok, abang sapu lagi..." Jumpa la rambut dia, bergumpal sana sini. "Ayang, meh nak tegok kepala." Dia pun datang. "Kenapa bang?" “Saja, abang jumpa banyak rambut bila abang menyapu rrumah, abang takut ayang dah botak je" (saja gurau-gurau dengan isteri).

Saya sambung sapu rumah, mop rrumah, cuci kipas, lap almari. Isteri jaga anak, suap anak sarapan sambil main basikal kat luar, saya dudukk dalam rumah, buat keje-kerja rumah.
Siap je keje, ambik periuk nasi, basuh beras, masak nasi 2 pot, cukup la untuk kami satu keluarga. "Ayang, abang keluar beli lauk yang dah siap kat kedai. Hari ni ayang tak payah masak, cuti, berehat."



Ini adalah antara tanggungjawab seorang suami dalam rumahtangga. Jangan bersikap lepas tangan dan menganggap ini tanggungjawab dan tugas seorang isteri. Bila suami ada kesempatan, ada masa, kena buat smua kerja-kerja ni dan bukannya mengadap hp atau keluar melepak dengan kawan-kawan.

Didik diri untuk buat keje-keje rumah, ini keje suami.

Rasulullah s.a.w pun banyak membantu isteri-isterinya dalam melakukan kerja-kerja rumah apabila baginda ada masa lapang. Sunnah ni, jarang suami-suami nak ikut, tapi kalau sembang bab poligami, terangkat bontot nak ikut. Tepuk dada tanya diri sendiri la ye sama ada kita dah buat belum tanggungjawab-tanggungjawab ini, kalau selalu buat, lama kelamaan dah jadi biasa. Not a big deal pun.

Hakikatnya ini memang kerje suami, dan untuk menjadi isteri yang baik, mereka "tolong" buat sebab kita tak sempat buat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen