Pasangan Tidak Romantik? Ini Yang Perlu Anda Lakukan Agar Hubungan Menjadi Sweet.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata wanita mahukan pasangan yang romantik dan sweet ini, tapi jika tidak dapat seperti itu pun tidak mengapa. Hal ini kerana, kejujuran dan kesetiaan itu lebih penting bukan? Namun begitu, anda perlu tahu cara yang betul untuk berdepan dengan lelaki yang tidak romantik ini.

Dia mungkin tidak romantik, tapi jika anda tahu cara yang betul pasti hubungan itu menjadi sweet diantara anda berdua. Jadi mari lihat apa yang perlu anda lakukan agar hubungan jadi manis seperti gula.



1. Luahkan apa anda mahukan, bukan bagi hint.

Mereka yang tidak romantik ini biasanya agak kurang memahami apa yang wanita mahukan. Jadi sebagai pasangan, anda seharusnya tidak boleh mengharapkan dirinya untuk fahami apa yang anda mahukan. Tidak salah, jika anda berterus terang mengenai keinginan dan kemahuan anda. Jika anda bermain teka teki sahaja, sampai bila pun pasangan anda tidak tahu apa yang anda mahukan.

“Saya nak macam ini kalau ulang tahun kita nanti.”

“Jom kita jalan tepi pandai sama-sama.”

2. Jangan tunggu dirinya, anda perlu mulakan.

Biasanya wanita ini mengharapkan lelaki terlebih dahulu untuk bersweet atau beromantik ini. Jangan tunggu dirinya, anda perlu lakukan terlebih dahulu. Baru lah dirinya dapat mengikuti segala rentak anda. Bahkan, dirinya juga dapat merasakan apa yang anda mahukan. Jika anda mulakan, pasti dirinya juga akan cuba untuk lakukan perkara seperti anda.

3. Ajar dirinya untuk menjadi romantik.

Jika anda malu untuk memulakannya, apa kata anda sendiri mengajarnya menjadi lelaki yang romantik. Sebagai contoh, cuba lah anda tag-tag perkara yang romantik kepadanya. Cakap sahaja kepadanya “cuba awak buat macam ini sekala.” Tapi jangan pula anda memaksa dirinya, cuba untuk berikannya sedikit masa untuk cuba menjadi romantik ini.



4. Apa yang dilakukan, hargainya.

Apabila dirinya sedang mencuba menjadi romantik, walaupun tidak menjadi anda perlu hargai usaha dirinya. Jangan kata dirinya masih tidak cukup baik tetapi bagi dirinya semangat agar dia lebih berusaha untuk buat yang terbaik. Bila dapat galakkan dan semangat ini biasanya, pasangan akan lebih berusaha dengan lebih kuat lagi.

5. Sabar, jangan bandingkan dirinya.

Pasangan biasanya tidak suka dibandingkan kekurangannya ini dengan orang lain. Jadi jangan penah lakukan perkara ini. Anda perlu bersabar dan terima kekurangannya itu. Jangan kerana dia tidak romantik, ia menjadikan punca perhubungan anda dan dirinya itu sedikit renggang.

Anda tidak boleh harapkan lelaki sahaja untuk menjadi romantik, tidak salah sekiranya anda sebagai wanita menjadi romantik sekali sekala. Baru lah hubungan yang dibina itu akan lebih romantik dan manis sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen