"Tak Usaha Karang Melepas, Dah Usaha Takut Bukan Jodoh Pula. Macam Mana Nak Tahu Dia Itu Jodoh Atau Tidak?"

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila umur semakin meningkat ini, sudah pastilah hal mengenai jodoh ini akan sibuk diperkatakan. Di mulut ibu bapa sendiri hinggalah ke sanak saudara yang terdekat. Jodoh itu rahsia Allah yang sering kali kita akan bermain teka teki. Dia ini kah jodoh sebenar? Atau yang itu?

Segalanya mengikut perancangan Allah yang telah dibuat, tapi itu bukan bermakna hanya duduk dan tunggu sahaja. Anda perlu usaha, perlu cari juga jodoh itu. Sedikit perkongsian dari saudara Amir Syahir ini mengenai bagaimana nak tahu siapa jodoh kita ini.



Jodoh Itu Rahsia Ilahi

**********************

Ada orang P.M aku. “Macam mana nak tahu dia jodoh kita eh? Kalau tak usaha karang risau melepas. Kalau usaha karang, bukan jodoh pulak. Buat rugi masa dan duit je”

***

Jodoh itu ketentuan Allah. Sehebat mana kita merancang, kalau Allah tak izinkan, tak jadi jugak.

Kadang-kadang, tanpa kita sangka jodoh ada dekat dengan kita. Tak perlu berkenalan terlalu lama. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya.

Cara Allah mengatur jodoh itu sangat unik. Kau kena tunjukkan kau dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri.

Allah telah menetapkan jodoh setiap insan sejak azali lagi, sejak berusia tiga bulan dalam kandungan ibu.

Selalunya bila dia jodoh kita, kita akan rasa sejuk dan gembira memandangnya. Dia sentiasa nampak cantik/kacak di mata kita walaupun orang lain cakap dia tak cantik atau kacak.

Walau bagaimanapun dia, kita akan dapat menerima dia seadanya. Begitu juga dengan dia. Kita akan sentiasa senang, tenang dan gembira jika bersama dengannya. Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya diredhai.

Jika kita diuji dengan sesuatu dalam perhubungan tersebut, kita tetap bisa bertahan dan bersabar. Gaduh sekejap je pastu baik. Setiap kali berlaku konflik, dengan kuasa Allah, hubungan itu kembali bertaut dan semakin kuat rasa kasih dan sayang. Itu adalah salah satu tanda jodoh kau orang kuat bersama dia.

Jika keluarga merestui hubungan kita dan dia, itu juga merupakan salah satu tanda dia jodoh kita. Terutamanya apabila ibu dan ayah senang dan kasih dengan dia, In Sha Allah dia lah jodoh yang ditetapkan Allah buat kita.

Kau kena usaha. Kau kena kejar jugak. Kau kena cuba dulu. Kalau dia tak nak tu bukan jodoh kau lah.

Jika dia jodoh kau, dia akan tetap bersama dengan kau walau apa pun rintangan dan dugaan yang datang. Apa yang penting kau kena usaha. Kau kena cari jodoh kau.



Contohnya kau cuba berkenalan dulu. Kenal hati budi. Berta'aruf. Sesi ta'aruf itu juga penting untuk mengetahui dia jodoh kau atau tak. Tapi, kalau kau dah ada yang berkenan di hati, tak payah la nak berta'aruf dengan orang lain pulak.

Jika proses ta'aruf itu dipermudahkan Allah, In Sha Allah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau dengan jodoh yang terbaik.

Apapun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kau.

Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kau, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.

Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya. Tidak hanya salah satu. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pulak ye. Dah kau tahu dia dah berpunya, tak payah la nak cuba juga.

Jodoh ini kalau kau benar-benar sudah bersedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan berkahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kjap terus nikah.

***

Macam aku, masa cuba je berkenalan dengan dia. Masa mula-mula nak kenal dengan isteri aku, memang aku dah niat nak jadikan dia isteri. Tak nak main-main dah.

Bila dah lama berkenalan dan rasa serasi, aku terus bagitau mak abah aku. Abah aku suruh bertunang dulu. Mak abah aku call mak ayah mertua aku untuk berbincang. Setelah tujuh bulan kenal, kami bertunang. Lima bulan lepas tu kami berkahwin. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan perkahwinan kami.

***
Pada kaum lelaki, persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jika kau sudah bersedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kau.

Pada kaum wanita, tak perlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau sebenarnya ada depan mata je.

Kepada yang putus cinta. Tak mengapa lah. Sekuat mana pun cinta kau tu, tapi bukan jodoh kau memang tak akan bersatu juga. Dugaan putus cinta buat kau lebih tabah. Bukannya buat kau jadi lemah. Move on je. Anggaplah tak ada jodoh.

Kalau kau tengah bercinta, duk panggil Papa-Mama bagai, tapi pakwe lambat balas mesej pun kau nak emosi tu kena lah ubah ye. Kalau dugaan lambat balas mesej tu pun kau kalah, macam mana nak hadapi dugaan rumah tangga yang lagi hebat. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

#BercintaSelepasNikah



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen