Hubungan Itu Tidak Hanya Perlukan Perasaan Sahaja, Tapi Ia Perlukan Logik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Di dalam satu perhubungan itu, sering kali kita merasakan bahawa ia hanya melibatkan perasaan dan rasa cinta sahaja. Jika tiada kedua ini, satu hubungan itu tidak mungkin akan berlaku. Sebab itu lah, ramai yang memulakan perhubungan ini dengan hanya mempunyai perasaan bahagia apabila bersama.

Hubungan ini bukan sahaja memerlukan cinta dan perasaan sahaja, tetapi ia juga perlu melibatkan sedikit logik akal. Mana tidaknya, jika anda hanya menggunakan perasaan sahaja, hubungan yang terbina itu hanya akan lebih kepada perasaan sahaja. Jika menggunakan logik akal, anda dapat membantu menyelamatkan satu hubungan yang semakin pudar perasaannya.

Berikut adalah beberapa kepentingan penggunakan logik akal dalam perhubungan.



1. Untuk ketahui kelemahan perhubungan.

Jika anda menggunakan logik akal, anda dapat mengenal pasti di mana kelemahan hubungan anda. Bukan kelemahan hubungan sahaja, malah anda juga dapat kenal pasti kelemahan diri dan pasangan anda di dalam hubungan tersebut. Jadi anda pasti akan cuba memperbaiki perkara tersebut dan tidak akan membiarkan ia membuat hubungan anda semakin renggang kerana kelemahan yang ada.

2. Untuk setiap tindakan.

Apabila satu hubungan itu hanya menggunakan perasaan sahaja, sudah tentulah dalam setiap tindakannya juga mengikut perasaan yang ada. Tetapi jika anda letakkan sedikit logik dalam perhubungan anda, pasti lah anda dapat membezakan tindakan yang mana perlu diambil dan tindakan mana yang perlu anda jauhi. Hal ini kerana, apabila hanya menggunakan perasaan, banyak tindakkan akan anda rasakan ia sesuai dan betul.

3. Untuk mengeratkan hubungan.

Bagi mengeratkan satu hubungan ini, bukan kena ada perasaan cinta dan sayang sahaja. Sudah pasti ia perlu satu logik di mana anda perlu berfikir untuk memikat hati pasangan anda. Jika hanya ada perasaan sahaja, tidak mustahil rasa itu akan pudar lama kelamaan jika anda tidak pupuk dan bentuk dengan setiap tindakan yang sepatutnya.



4. Membantu membezakan rasa cemburu.

Cemburu buta biasanya terjadi apabila seseorang itu menggunakan perasaannya melihat sesuatu perkara. Tetapi jika ia menggunakan sedikit logik, pasti ia dapat mengawal perasaan cemburu yang anda. Bukan itu sahaja, setiap tindakan untuk melontarkan rasa cemburu itu juga adalah bersesuaian dan tidak bertindak mengikut perasaan sahaja.

5. Membantu bezakan hubungan yang baik atau tidak.

Hubungan yang melibatkan perasaan ini kadang kala ia tidak bagus untuk diri anda. Mana tidaknya, jika anda tertindas dalam hubungan tersebut, anda hanya akan memejamkan mata kerana anda merasakan bahawa anda sayang akan dirinya. Tetapi jika sedikit logik, pasti akan anda memikirkan kebaikan diri anda di dalam perhubungan tersebut.

Kesimpulannya, jangan hanya menjalinkan hubungan itu menggunakan perasaan sahaja, tetapi tambahkan ia sedikit logik dan pemikiran yang baik. Anda perlu ingat bahawa, perasaan itu mampu pudar rasanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen