"Perlu Telus Kalau Mahu Rumah Tangga Kekal" - Shah Iskandar-

KUALA LUMPUR: Kontroversi yang datang bersilih berganti sejak dua tahun lalu membuatkan pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz, 36, terpaksa mendiamkan diri dan mengelak daripada menjadi tumpuan media.

Suami kepada Siti Sarah Mohd Noor, 32, itu mengakui, terlalu banyak dugaan yang terpaksa diharungi, termasuk dikaitkan kes penipuan dan pergaduhan dengan pengarah membuatkan namanya hampir tenggelam.

Shah yang pernah diangkat sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 dan 2014 bagaimanapun, bersyukur kontroversi dilalui tidak menjejaskan kepercayaan penerbit serta pengarah terhadap bakatnya.

Sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod, Jodoh Jodoh Anissa, arahan Riza Baharudin, Shah berkata, dia sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya supaya tidak timbul salah faham.

Belajar daripada pengalaman ketika dikaitkan dengan pelakon, Uqasha Senrose pada perkahwinan mereka, Shah berkata, dia juga akan memastikan tidak membawa pulang masalah ke rumah.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun hidup bersama, isteri sudah masak dengan permainan dunia hiburan.

Saya sentiasa terbuka dengan isteri, malah tidak pernah menyorokkan apa-apa daripada pengetahuannya.

“Saya mahu hidup sepanjang hayat bersamanya, jadi lebih baik berterus-terang supaya dia faham perkara sebenar,” katanya.

Shah juga akur, sikapnya yang menjauhi publisiti mencetuskan pelbagai andaian hingga dikatakan sudah tidak laku, selain popularitinya juga merudum. Namun, semua itu menjadi pembakar semangat untuk dia terus bekerja keras.

“Tahun ini, saya terbabit dalam dua drama popular, Mr Grey dan Halalkan Hati Yang Ku Curi. Tahun lalu, drama Syurga Tak Sempurna yang menggandingkan saya dengan Uqasha menjadi perhatian.

“Justeru, tidak benar jika ada yang menganggap saya sudah tidak laku. Ada sahaja projek terbaru yang saya jayakan. Saya masih relevan, cuma selepas lama dalam industri hiburan, populariti bukan lagi keutamaan.

“Alhamdulillah, biarpun jarang menerima publisiti, rezeki saya belum pernah putus. Dengan duit berlakon juga saya masih mampu membayar rumah, kereta, menanggung isteri dan menghulurkan belanja buat ibu bapa di Singapura,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen