Isteri Boleh Sama-Sama Cari Duit - Fouziah Gous.

Oleh: Zuzu Yasmine

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Fouziah Gous, percaya tanggungjawab mencari rezeki kini bukan lagi semata-mata terletak di bahu suami.

Sebaliknya, kata bintang Ratu The Movie itu, pada zaman sekarang peranan terbabit boleh sama-sama dipikul oleh golongan isteri.

Fouziah, 35, yang giat mengusahakan produk sarang burung sejak beberapa tahun lalu berkata, dirinya sendiri tidak betah untuk duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja.



“Sekarang adalah zaman suami dan isteri sama-sama mencari duit. Ia bukan lagi sekadar tanggungjawab suami kerana isteri juga boleh menggembleng tenaga menambah pendapatan keluarga.

“Kami sendiri tidak berpegang kepada kepercayaan, isteri perlu berada di rumah dan suami harus keluar bekerja. Tiada salahnya untuk isteri turut sama bekerja. Namun, apabila beban kerja bertambah, saya dan suami perlu saling memahami serta bertolak ansur,” kata Fouziah ketika ditemui di premis perniagaannya di Shah Alam, baru-baru ini.



Fouziah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof.

Wanita yang mula aktif di arena seni sejak 2005 ini berkata, apabila kedua-duanya memilih untuk mencari rezeki, komunikasi antara suami isteri perlu dijaga dengan baik.

“Sebagai isteri, saya kena pandai mengambil hati suami. Begitulah juga sebaliknya. Kalau saya terlalu sibuk bekerja, saya kena minta maaf.

“Namun, saya beruntung kerana suami sangat memahami. Malah, kami saling mengingatkan diri masing-masing mengenai tanggungjawab dipikul, supaya tiada yang terlepas pandang nanti.

“Saya sendiri bukanlah isteri sempurna. Begitupun, dalam apa juga perkara, kita janganlah ambil mudah. Setiap hari adalah proses pembelajaran untuk kita berubah menjadi lebih baik,” kata bekas pengacara program Nona ini.

Selain komunikasi, Fouziah juga sentiasa mencari peluang untuk bersolat jemaah bersama suami.

“Sekurang-kurangnya, carilah waktu untuk solat berjemaah dengan suami. Kalau merajuk atau marah sekalipun padanya, saya kena salam juga dengan suami selepas selesai solat. Tak kiralah salam dengan muka ‘ketat’ sekalipun, akhirnya solat itu akan melembutkan segala perasaan negatif. Insya-Allah,” katanya.

Fouziah juga berasakan golongan isteri perlu mementingkan masa berkualiti, walaupun seketika, dengan suami.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen