6 Ciri-Ciri Wanita High Maintenance. Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Ini?

Kini, kaum wanita kelihatan pandai menguruskan diri sendiri dan lebih berdikari. Dengan peredaran masa, sudah tentu banyak perubahan yang dapat kita lihat terutamanya dengan cara pemakaian seseorang, cara penampilan malah cara menggayakan mekap.

Sudah pasti kita pernah melihat cara pemakaian pada zaman 70’an, 80’an, 90’an dan pada zaman sekarang. Banyak perbezaan, kan? Dengan melalui gaya-gaya tertentu juga kita akan dapat melihat seseorang terutamanya wanita, adakah mereka ini high maintenance atau pun tidak?

High maintenance bermaksud seseorang yang amat memerlukan penjagaan yang SANGAT RAPI untuk dirinya sendiri. Mereka ini bukan sahaja memerlukan penjagaan rapi untuk kebendaan, kadang-kala untuk emosi mereka juga.

Jom kita lihat ciri-ciri wanita maintenance ini…

1. Suka pada barang yang berjenama.

Secara tipikal, apabila mengatakan wanita yang high maintenance pasti dikaitkan dengan barang yang berjenama. Ini kerana bagi mereka, barang yang mahal dan berjenama lebih berkualiti dan tahan lama.

2. Tidak suka menaiki public transport.

Bagi pandangan mereka, menaiki public transport adalah seperti LRT, MRT dan seumpama dengannya tetapi tidak pula pada Grab. Ini kerana mereka tidak suka bersesak dengan orang ramai, dan hanya mahu menaiki sesuatu pengangkutan untuk dirinya sahaja.

3. Tidak suka pada kekotoran.

Wanita ini juga sangat mementingkan kebersihan di sekelilingnya juga. Mereka tidak suka pada kekotoran, malah sentiasa memakai selipar di dalam rumah kerana tidak suka pada habuk. Sangat menjaga penjagaan diri kerana untuk mengekalkan identiti mereka sebagai wanita high-maintenance.

4. Suka makan di restoran yang hipster dan mahal.

Disebabkan sangat mementingkan kebersihan disekelilingnya, wanita ini juga mahukan keselesaan ketika makan diluar. Sudah tentu pilihannya adalah restoran yang berhawa dingin dan bersih. Restoran sebegini yang kita dapat lihat adalah seperti restoran hipster kerana tempatnya yang cozy tetapi mempunyai harga makanan yang mahal, sesuai dengan standardnya.

5. Sentiasa mengekalkan penjagaan diri setiap bulan.

Untuk mengekalkan identity mereka, wanita ini pasti akan sanggup mengeluarkan duit untuk penjagaan dirinya setiap bulan. Seperti pergi Spa, untuk facial, mengurut, manicure, pedicure dan seumpama dengannya.

6. Memiliki pekerjaan yang bagus.

Kenapa wanita ini kelihatan sangat mampu untuk berbelanja dengan banyak? In kerana mereka memiliki pekerjaan yang bagus dan memiliki pendapatan yang tinggi, sehingga mampu untuk menjaga dirinya sendiri tanpa pergantungan ibu bapa mahupun teman lelaki atau suami.

Walaubagaimana pun, wanita sebegini kelihatan agak sukar dijaga kerana semua barangannya mahal dan diluar kemampuan. Namun, ia terpulang pada setiap individu untuk menilai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen