“Berdiam Diri Apabila Didera Itu Bukan Tanda Isteri Solehah” – Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata wanita takut dengan perkataan isteri derhaka atau isteri ingkar kata suami. Anda perlu takut akan perkara ini mengikut keadaan. Bukannya kerana anda inginkan dapatkan title isteri solehah itu anda sanggup dipukul, didera serta pelbagai lagi.

Jangan aniaya diri sendiri hanya kerana mahu mengejar nama isteri solehah ini sehingga segala perkara yang dilakukan ke atas anda, anda hanya memejamkan mata sahaja. Mana yang salah perlu dibetulkan, mana yang betul boleh lah diikutkan. Cari tahu ilmu mengenai rumahtangga ini, cari tahu mana yang betul dan salah ini. Jangan kerana sayangkan hubungan, diri anda dan anak-anak jadi mangsa.

Sebagai pengetahuan bersama, mari baca sedikit perkongsian dari Intan Dzulkefli ini.



Ustazah kata, ramai wanita bergelar isteri salah faham tentang makna wanita solehah. Ramai isteri salah faham makna taat kepada suami.

Suami tak tunaikan nafkah, dia pun tak minta sebab dia fikir jika dia minta nanti dia jadi tak solehah.

Dipukul, dibantai, suami curi duit buat judi, beli dadah, berfoya tak apa, jangan melawan, kena redha barulah jadi isteri solehah.

Suami suruh buka aurat, pakai seksi, dia ikut sebab katanya isteri kena taat semua arahan suami. Sampaikan ada kes, isteri ikut kata suami untuk melacur, kerana nak kejar title isteri solehah yang taat suami. Astaghfirullah. Ini tak betul.

Ketaatan kepada makhluk akan gugur apabila ia melanggar syarak.

Begitu juga, redha & pasrah terhadap segala kezaliman & penindasan yang berlaku ke atas diri bukanlah tanda solehah. Berdiam diri taknak fight untuk tegakkan hak bukanlah tanda solehah.

Islam mengangkat maruah & darjat wanita sangat tinggi. Hingga Rasulullah SAW berwasiat kepada kaum lelaki untuk menjaga, melindungi & mendidik kaum wanita bawah tanggungan masing-masing dengan sebaiknya.



Apa nak buat jika suami melakukan kezaliman ke atas isteri termasuklah tak beri nafkah dengan sengaja tanpa alasan kukuh, melakukan penderaan atas isteri?

1. Perlu dapatkan saksi. Ustazah kata di sinilah peranan jiran, keluarga, adik beradik & sepupu sepapat. Jadi masyarakat yang prihatin untuk membantu mangsa domestic violent.

2. Snap gambar tubuh yang cedera & dapatkan laporan perubatan yang official. Dapatkan pengesahan doktor bahawa kecederaan itu berpunca dari keganasan rumahtangga.

3. Laporan polis perlu segera dibuat.

4. Kemudian barulah mahkamah akan menentukan keadaan. Dalam kes suami sengaja abaikan nafkah, catat pengaliran wang serta bukti cashflow bulanan.

Wanita sebelum berkahwin, galilah sebanyaknya ilmu tentang perkahwinan, ketahui hak sebagai isteri, faham tentang fiqh munakahat. Supaya tidak taat membabi buta tanpa ilmu yang betul.

Ramai isteri yang apabila diceraikan & masih dalam tempoh iddah terus keluar rumah, balik ke kampung, sedangkan sepatutnya dia berhak untuk dapat hak tempat tinggal, nafkah makan, pakai sebagaimana masih bergelar isteri.

Ya betul, wanita yang diceraikan talak raj'ie atau bain, boleh mendapat hak nafkah seperti semasa masih isteri, nafkah makan, pakaian, perubatan, toiletries & dandanan, tempat tinggal.

Manakala, jika isteri mohon fasakh, khuluk, dicerai secara li'an, hanya layak mendapat nafkah tempat tinggal. Namun, janganlah kerana takut masa depan tak terbela, membiarkan diri dizalimi & terus tertindas.

Yakinlah, kita semua layak untuk berbahagia, usaha & tawakal - pertolongan Allah pasti akan tiba. InsyaAllah.

Untuk muhasabah saya terutamanya.

#selfreminder

#intandzulkefli

Repost 11.10.2017

Sebarkan untuk makluman para wanita yang mungkin belum tahu. Terima kasih.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen