5 Tanda Pasangan Anda Adalah Seorang Yang Membosankan.

“Bosannya ada pasangan yang membosankan, tak membantu langsung…”

Pernah atau tidak anda berfikiran sebegini dengan pasangan anda sendiri. Kadang-kala hubungan yang terjalin menjadi semakin hambar mungkin kerana sama ada sudah berkenalan terlalu lama atau pasangan sendiri yang memang membosankan.

Tiada inisiatif untuk memercikkan kembali perasaan cinta atau kasih sayang tersebut kerana merasakan ia tidak lagi penting. Ini terjadi dengan andaian “Dah lama kenal, jadi tiada apa-apa lagi yang menarik…”

Jom ketahui tanda-tanda pasangan anda membosankan…

1. Tidak mengendahkan tentang diri anda.

Sikap ini terjadi apabila si dia tidak lagi mengambil peduli tentang apa yang berlaku pada hari-hari anda. Apa yang terjadi semalam atau pada hari ini? Si dia hanya tidak henti-henti menceritakan tentang kisahnya sahaja, sehingga anda merasakan dirinya amat membosankan. Sudah lah tidak ambil tahu tentang diri anda, malah seperti mementingkan diri pula.

Jika anda mula untuk menceritakan atau berkongsi kisah tentang anda, si dia mula menyampuk.

“Ergghhh…”

2. Tidak pandai berjenaka.

Dalam hubungan, lawak jenaka itu juga penting kerana dapat bergelak ketawa bersama pasangan menandakan hubungan kalian dalam fasa yang stabil dan sihat. Jika si dia sudah lama tidak berjenaka, tidak berkongsi gambar atau video yang lucu, ternyata si dia memang amat membosankan.  Bukan sahaja membosankan, kadang-kala menjengkelkan pula kerana lawak yang diberi tidak menggeletek hati anda langsung.

3. Sentiasa mengulangi pertanyaan dan cerita.

Ada juga sebahagian daripada kita suka menyoal sesuatu dengan kerap. Ini mungkin kerana dirinya ketika itu lalai dan fokus pada satu perkara sahaja. Dan juga sering mengulangi kisah sehingga anda sendiri boleh ingat dan hafal dengan ayat-ayat atau kata-kata yang akan diluahkan. Jika ini kerap terjadi dalam hubungan anda, pasti ia amat membosankan.

4. Sentiasa menghadap telefon bimbit.

Seperti point nombor 3 di atas, pasangan sering sahaja mengulang cerita dan menyoal kembali soalan yang sudah ditanya kerana sentiasa bermain dengan telefon bimbitnya. Apabila tidak menggunakan kaedah komunikasi yang betul terutamanya dua hala seperti bertentangan mata ketika berbicara, pasti perkara ini akan berlaku.

Sesiapa sahaja pasti akan berasa marah dan jelek dengan sikap begini. Anda sedang bercakap tentang hal penting tetapi pasangan sibuk bermain dengan telefon bimbit.

5. Tidak berminat melakukan sesuatu yang baru.

Hubungan kalian menjadi semakin hambar dan membosankan adalah disebabkan pasangan yang tidak berminat dengan sesuatu yang baru. Jika minatnya untuk meluang masa dengan membaca buku, begitu jugalah hariannya. Jika lelaki asyik dengan keretanya, pasti setiap minggu akan meluangkan masa untuk mencari perkakas kereta.

Tidak pernah keluar mencari aktiviti baru, tidak mencuba hobi baru akan menyebabkan seseorang menjadi cepat bosan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen