Bersangka Baiklah Pada Allah Kerana Allah Mengikut Sangkaan Hamba-Nya.

Bukan mudah untuk merasa yakin apabila berkali-kali kita diuji dalam kehidupan. Sebahagian orang mempersoalkan di mana keadilan daripada Allah. Namun kita lupa ganjaran dari kesabaran yang kita pasakkan dalam hati semakin berganda setiap masa. Ganjaran yang memang tidak dapat dilihat tetapi dapat membantu kita diakhirat sana.

Sangka baik dan keyakinan berkait rapat dengan rasa percaya. Percaya bahawa Allah yang mentadbir dan mengurus setiap urusan hambanya. Percaya bahawa Allah itu bersifat Al-Rahman (Pemurah) dan Al-Ghafur (Pengampun). Percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika alam semesta ini pun diatur olehNya dengan mudah, apatah lagi kita sebagai manusia. Mari kita teliti pesanan-pesanan Rasulullah SAW pula tentang sangka baik kepada Allah.

1. Berdoa Dalam Keadaan Yakin Akan Diperkenankan.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa

Riwayat al-Tirmizi (3479) – Hadis ini dinilai hasan

2. Allah Mengingati Hamba-Nya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Allah SWT berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”

(Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675]

3. Allah Mengikuti Sangkaan Hamba-Nya.

Abu Hurairah RA berkata;

"Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat"

(HR. Bukhari dan Muslim)

4. Mati Dalam Keadaan Berbaik Sangka Kepada Allah.

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kalian mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.”(HR: Muslim)

Betapa Allah sebenarnya sentiasa dekat dengan kita. Allah ada menjaga kita setiap masa. Janji Allah bukan seperti janji manusia, yang kerap lupa. Tinggal kita yang perlu percaya. Wallahu’alam.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen