Tanda-Tanda Lelaki Merajuk Dan Jom Ketahui Puncanya.

“Lelaki Kalau Merajuk, Suka Menjauhkan Diri..”

Lelaki dengan menghilangkan diri tidak dapat disangkal lagi. Kaum wanita suka menggelar lelaki sebegini sebagai ‘chipsmore’. Tetapi lebih parah jika lelaki tersebut hanya datang jika mahukan sesuatu sahaja, apabila sudah mendapat habuannya pasti akan meninggalkan wanita itu kembali. Konflik sebegini sudah menjadi kebiasaan di antara lelaki dan wanita. Tidak dapat dinafikan.

Tanda-tanda lelaki merajuk adalah seperti…

  • Mula menjauhkan diri dan diam seribu bahasa.
  • Mula melakukan sesuatu perkara dengan seorang diri. Kemudian marah terhadap diri sendiri jika perkara tersebut tidak dapat dilakukan seperti yang diinginkan.
  • Reaksi wajah yang sangat garang, sentiasa bermasam muka dan mencebik bibir.
  • Jika mahu bercakap pun, hanya sepatah-sepatah perkataan sahaja yang akan diluahkan.
  • Malah sentiasa menolak ajakan, kerana lebih suka bersendirian.
  • Hanya bermain dengan telefon bimbit sahaja.

Lelaki sebenarnya lebih beremosi jika merajuk dengan pasangannya sendiri kerana mahukan perhatian. Siapa sahaja yang menyangka lelaki tidak memerlukan perhatian. Sudah pasti mereka juga manusia biasa yang mahukan perhatian seperti wanita juga. Akan tetapi sudah tentu perhatian yang berbeza berbanding wanita.

Jika wanita merajuk, mereka merengek dan berpewatakan manja ingin dipujuk dan inginkan perhatian.

Manakala lelaki pula merajuk dengan menjauhkan diri dimana wanita sangkakan jika lelaki mula berpewatakan sebegini tidak inginkan perhatian. Namun, sangkaan sebegitu silap.

Jom ketahui antara sebab-sebab tertentu teman lelaki atau suami anda merajuk…

1. Anda memuji lelaki lain.

Lelaki akan berasa ‘sentap’ apabila pasangan atau kekasihnya sendiri memuji lelaki lain dihadapan dirinya.

“Tengok laki tu lagi kemas dari awak, bukan macam awak selekeh…”

2. Anda tidak mahu dating dengannya.

Dating bukan sahaja untuk mereka yang sedang bercinta, jika selepas berkahwin si suami mengajak isteri untuk dating berdua, tetapi ajakannya ditolak, pasti meruntun jiwanya mahukan perhatian. Oleh sebab itu mereka akan sentiasa  menolak ajakan anda kerana anda yang menolak ajakannya dulu.

3. Anda tidak menghargai setiap kerja yang dilakukan.

Ucaplah terima kasih apabila menerima sebarang perkara atau kerja yang dilakukan oleh pasangan anda.

4. Anda membuat hati dan perasaannya berkecai.

Daripada luaran lelaki memang kelihatan sangat kental, tetapi siapa sahaja yang tahu dengan tidak menemaninya makan malam, tengah hari sahaja, atau kemana sahaja mampu membuat dirinya merajuk.

5. Anda terlalu banyak membebel.

Membebel sehingga mengungkit kesalahannya yang lalu adalah salah satu pantang dalam diri lelaki.

6. Anda mula memperkecilkan dirinya yang tidak bekerjaya.

Lelaki juga memerlukan sokongan dan dorongan dari pasangannya, bukannya terus berdiri kukuh di atas kaki sendiri. Lelaki yang berjaya, kerana ada wanita yang menyokongnya dari belakang. Ingat tu!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen