“Nak Dilimpahi Rezeki, Mulakan Dengan Ibu Bapa Dahulu..” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

Sebagai seorang muslim berdoa adalah senjata dalam hidup kita untuk menentukan hari-hari kita kelak. Tetapi doa tanpa usaha dan terus bertawakal semestinya, umpama satu perkara yang sia-sia kerana kita sebagai manusia mempunyai daya akal fikiran dan tenaga untuk digunakan. Malahan ia adalah pemberian dari Allah SWT yang sangat bernilai.

Jadi untuk dilimpahi rezeki, bukan sahaja perlu melakukan solat sunat Dhuha, berdoa dan membaca Al-Ma’thurat semata-mata setiap hari, tetapi perlu juga utamakan ibu bapa.

Jom ikuti perkongsian dari saudara Khairul Hakimin ini….

********

1. Banyak-banyak melawak dengan emak ayah, lagi banyak mereka senyum dan gembira, gembira juga berkat dan syafaat untuk kita.

2. Menggembirakan emak ayah seperti menyentuh, memeluk, bersalam apabila berjumpa dan nak ke mana-mana adalah sebuah istimewa buat mereka. Tanda anak-anak sentiasa kenang dan ingat.

3. Kerap telefon bertanya khabar, sekadar bersembang kosong dan bercakap. Ibu dan ayah biasanya memang rindu suara anak-anak walau mereka sudah dewasa.

4. Tak perlu cerita masalah kita kepada mereka, hanya khabarkan perkara gembira dan bahagia, sedetik mereka gelisah boleh jadi ia akan membawa susah.

5. Banyak-banyak berdoa supaya mereka berdua diampuni Allah segala dosa, disantuni Allah dari segala serba serbi kehidupan dan menjaga mereka dengan sebaik-baik jagaan seperti kita masih kecil dulu.

6. Banyak-banyak pandang wajah mereka, semasa bercakap semasa mereka bercakap, itu semua pahala.

7. Semasa bersama mereka, kurang bermain telefon. Huhu itu akan menjejaskan emosi mereka kerana setiap anak-anak yang ada di hadapan mata adalah untuk mereka berbual, bertanya itu ini dan mereka mahu anak-anak juga melayan perbualan mereka.

8. Jika ada kerosakan di rumah mereka, baiki segera.

9. Pasang air tapis, mudahkan urusan mereka seharian. Memberi orang tua minuman memang pahala besar.

10. Tak perlu tunggu emak ayah pesan untuk balik kemas rumah atau jika sudah ada di kampung, lekas bangun pagi siapkan sarapan, kemas dapur dan buatlah untuk mereka rehat semasa kita pulang. Waktu kita kecil dahulu itulah kerja emak melayan kita, kini kita pula membalasnya.

Kadang-kadang, kita tak sedar, kita selalu menyusahkan orang tua, oleh sebab itu rezeki kita kacau bilau.

Banyak-banyak mempermudahkan, Allah akan buka pintu gerbang sebesar-besarnya untuk rezeki masuk ke rumah kita.

Ingat kawan-kawan, menggembirakan emak ayah adalah menggembirakan Tuhan.

Begitulah.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen