“Lelaki Sepatutnya Menjadi Tempat Wanita Berlindung…” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

Allah menciptakan lelaki dengan beberapa kelebihan yang melayakkan lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita.

Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab dan amanah yang harus dipikulnya dan salah satunya ialah dengan menjaga dan memelihara wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Lelaki yang lalai dan tidak mempedulikan wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya akan mengundang azab dan seksa api neraka. Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka” (An-Nisa : 34)

Rasulullah SAW juga telah menjelaskan hak-hak lelaki ke atas kaum wanita pada peristiwa arafah tanggal 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah ialitu sebelum kewafatannya di dalam khutbah wida’(perpisahan) ;

“Dan takutlah kamu kepada Allah di dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah” (Riwayat Muslim)

Intisari petikan khutbah ini menjelaskan bahawa wanita itu ialah amanah daripada Allah ke atas kaum lelaki.

Seorang lelaki itu mempunyai hak keatas seorang wanita dibawah tanggungjawabnya. Sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Islam. Setiap lelaki itu akan dipertanggungjawabkan kepadanya terhadap 4 golongan wanita;

1. Ibunya.

Ibu ialah orang yang sangat berjasa dan banyak berkorban untuk kita. Bermula sejak mengandungkan, melahirkan dan membesarkan. Ibu sememangnya adalah orang yang selayaknya untuk diberi penghormatan. Menjadi tanggungjawab anak lelaki untuk menjaga dan memelihara ibunya.

2. Isterinya.

Apabila berumahtangga, lelaki akan menjadi ketua keluarga. Allah menegaskan di dalam al-quran tentang tanggungjawab lelaki di dalam memimpin kaum wanita. Sekiranya ketua keluarga menjalankan tanggunngjawabnya, rumahtangga pasti akan menjadi harmoni. Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu berhala..”

3. Anak Perempuan.

Apabila lelaki berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Maka dia juga bertanggungjawab di dalam menjaga dan mendidik anak perempuannya. Anak perempuan perlu diberi lebih perhatian kerana sifatnya yang lemah lembut dan juga mudah terpengaruh.

Didiklah anak perempuan dengan mengajarkannya batas-batas di dalam agama yang seharusnya diikuti bagi kaum perempuan.

“Berwasiatlah untuk para wanita kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan yang paling bengkok dari bahagian tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Jika engkau ingin meluruskan tulang rusuk tersebut maka engkau akan mematahkannya, maka jika engkau membiarkannya maka akan tetap bengkok, maka berwasiatlah untuk para wanita” (Hadis Riwayat Abi Hurairah R.A)


4. Saudara Perempuan.

Apabila seorang wanita itu telah kehilangan ayah ataupun ketiadaan suami. Maka adalah menjadi kewajipan kepada saudara-saudara lelakinya untuk mengawasi dan menjaga maruah saudara-saudara perempuannya. Allah berfirman yang bermaksud;

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa” (Taha: 132)

Sebagai seorang ketua, suami kepada isteri, ayah kepada anak perempuan, saudara lelaki kepada saudara perempuannya, kamu lelaki seharusnya memahami hak-hak wanita di bawah tanggungjawabnya.

Mereka hendaklah menjaga, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang dan memperjuangkan mereka sekiranya mereka dianiaya dan dizalimi.

Pada zaman Rasulullah SAW juga Baginda telah memperjuangkan hak-hak kaum wanita yang telah teraniaya pada zaman jahiliah.

Namun kini, kita lihat kaum wanita semakin menjadi mangsa kepada penganiayaan sama ada daripada sudut fizikal dan mental. Wanita dijadikan alat untuk meraihkan keuntungan, wanita menjadi model dan diperagakan kecantikannya sebagai alat untuk melariskan jualan.

Wanita menjadi alat untuk diperdagangkan, menjadi alat untuk melayan hawa nafsu lelaki. Di mana hak wanita yang Rasulullah perjuangkan dulu?

Lebih-lebih lagi banyak kes yang makin rancak dengan penderaan terhadap kaum wanita. Mengambil kesempatan di atas kelembutan dan kelemahan kaum wanita. Wanita dipukul oleh suami, disepak dan diterajang.

Wanita menjadi mangsa pemerkosaan, mangsa rogol dan eksploitasi. Semakin hari kehormatan dan kemuliaan wanita dicabar hebat. Salah satu punca terjadi permasalahan ini adalah seorang lelaki itu mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk menjaga dan mendidik kaum wanita.

Kaum lelaki seharusnya berusaha mendidik wanita di bawah jagaannya dengan penerapan nilai-nilai islam di dalam diri mereka.

Tegaskan kepada mereka tentang kehormatan dan keistimewaan wanita dan perkara-perkara yang tidak seharusnya mereka lakukan kerana wanita adalah kaum yang mudah terpengaruh oleh emosi dan mudah untuk terjebak dengan perktra-perkara yang buruk dan merosakkan

Wanita itu perlulah dididik dengan menggunakan pendekatan yang lembut tanpa menggunakan kekerasan Kerana ianya sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lembut dan memerlukan kesantunan.

Apabila wanita dididik dengan baik dan penuh hikmah, maka akan lahirlah wanita yang solehah dan terpuji. Kegagalan mendidik kaum wanitalah menjadi punca mereka mengikuti jalan yang salah.

Perbuatan lelaki yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak mempedulikan urusan wanita yang diamanahkannya bakal menariknya kearah kemurkaan Allah.

Amanah yang diberikan kepada lelaki ini adalah satu kemuliaan kepada kaum lelaki dan juga kerana mereka mempunyai beberapa kelebihan yang dikurniakan oleh Allah.

Lelaki yang baik ialah lelaki yang menjadi pelindung dan pembela kepada kaum wanita. Ikutilah contoh teladan Rasulullah SAW di dalam mendidik wanita.

Bagaimana Rasulullah SAW memuliakan dan menghormati kaum wanita, bagaimana Rasulullah SAW mendidik ahli keluarganya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah. Didiklah wanita dengan toleransi dan berilah mereka bimbingan agama yang betul.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen