Wajah Yang Handsome Sahaja Tidak Mencukupi, Ini 5 Perkara Yang Perlu Ada Pada Bakal Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencari calon suami bukanlah semudah membeli ikan dipasar yang boleh dipilih lalu dibayar. Mencari calon suami ini perlu ada ciri yang tertentu baru lah orang tersebut sesuai dikatakan calon suami. Tidak hanya memiliki rupa paras yang elok serta pandai bergaya dan mempunyai kewangan yang kukuh sahaja perlu dititik beratkan. Terdapat pelbagai lagi yang perlu anda lihat dalam diri calon suami anda. Apa yang paling penting disini adalah kebahagiaan kalian berdua bukannya hanya kebahagiaan dirinya sahaja.

Berikut adalah beberapa ciri yang perlu anda letakkan sebagai antara yang terpenting dalam mencari calon suami.



1. Tahu menghormati wanita.

Mencari calon suami, perlu lah seorang yang tahu menghormati wanita. Bukan hanya anda sahaja, tetapi ibu nya serta adik beradik perempuannya. Jadi jika ingin ketahui adalah calon suami anda itu seorang yang menghormati wanita atau tidak, cuba lihat layanannya kepada ibu serta adik beradik permpuannya. Mana tidaknya, jika dia tahu bagaimana menghormati wanita, itu bermakna dia juga tahu bagaimana untuk sayangi wanita.

2. Dalam lembutnya ada tegasnya.

Bukan mencari yang lembut, menuruti segala kemahuan anda, malah tidak mencegah perbuatan yang tidak sepatutnya,tetapi mencari seseorang yang di dalam lembutnya itu ada ketegasannya. Setiap perkara yang salah, dia tidak akan biarkan anda begitu sahaja, malah membimbing anda dan mengajak anda untuk berhenti lakukan. Tegasnya bukan memukul tapi membimbing.

3. Bukan terima anda sahaja tetapi turut keluarga.

Seorang calon suami yang baik bukan lah seorang yang hanya mahukan anda sahaja, malah dirinya ini adalah seorang yang turut menerima serta menyayangi keluarga anda. Jadi dia pandai mengambil hati ibu bapa anda serta menghormati mereka ini seperti ibu bapanya sendiri. Setiap tutur kata di depan ibu bapa adalah perkara yang tidak dibuat-buat. Jelas diwajahnya dia terima siapa anda dan siapa keluarga anda.



4. Tidak gunakan kekerasan.

Calon suami yang baik sudah pastilah seorang yang tidak menggunakan kekerasan terhadap anda. Apabila dirinya marah terhadap kesalahan serta kelakuan anda, dia tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat serta menyakiti hati anda, dirinya turut tidak menggunakan kekerasan terhadap anda. Tetapi dia memberikan nasihat kepada anda agar tidak melakukan perkara itu lagi.

5. Tahu tangani anda dengan baik.

Perkara yang paling penting dalam melihat calon suami anda adalah cara dirinya tangani anda dalam keadaan anda marah, sedih mahupun ketika berdepan masalah. Seseorang yang fahami anda dengan cukup baik sahaja mampu tangani anda dalam keadaan ini. Kesabaran yang ada dalam dirinya itu perlu anda pertimbangkan.

Mencari seorang calon suami ini bukan melalui rupa paras, pangkat serta wangnya. Tetapi melihat apa yang ada di dalam hati serta fikirannya. Hal ini kerana, dua perkara ini yang membolehkan dia menjadikan seseorang yang baik untuk anda ataupun tidak.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen