Tips Menjadi Muslimah Yang Cantik.

Jom jadi wanita muslimah yang cantik menurut Islam;

1. Menutup Aurat Dengan Sempurna.

Allah SWT berfirman;

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani” (Al Ahzab: 59)

2. Tanamkan Sifat-Sifat Terpuji.

Pasti sering sahaja kita mendengar “Muka cantik, tapi perangai buruk…”. Jadi, janganlah terlalu mementingkan pada luaran sahaja. Terlalu mementingkan apa yang manusia akan menilai luaran kita, tetapi terlupa untuk menjaga akhlak yang terpuji. Malah dipandang baik oleh Allah SWT.

Tanamkan sifat terpuji dalam diri supaya dapat menjmeput jodoh, bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh. Ini kerana orang yang berakhlak baik akan sentiasa disayangi oleh Allah dan juga disayangi oleh orang lain.

3. Melindungi Diri Daripada Menjadi Sumber Fitnah.

Lindungilah diri anda sebagai wanita muslimah daripada menjadi sumber fitnah. Seperti tidak terlalu mendedahkan diri di sosial media untuk dipertontonkan pada orang ramai, ini kerana kecantikan anda hanyalah untuk orang-orang yang tertentu sahaja terutamanya suami dan bakal suami.

Jadi, diri anda sendiri perlu hentikan dieksploitasi oleh sebarang media yang hanya mengejar popularity sahaja.

Seperti Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Aku tidak meninggalkan satu pun fitnah yang lebih membahayakan kepada kaum lelaki daripada fitnah kaum wanita” (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Jadikan Sifat Malu Sebagai Benteng.

Jadikan dan tanamkan sifat malu pada diri anda. Seperti anda mahu menjadi kehormatan diri kerana malu jika berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam Islam perasaan malu tersebut untuk mencegah diri daripada melakukan perkara yang sia-sia, tidak mendatangkan faedah dan yang mampu memberi kelalaian.

Malah Rasulullah SAW menjadikan sifat malu itu sendiri sebagai sebahagian daripada iman. Orang yang meninggalkan sifat malu akan lebih terdedah untuk melakukan kemaksiatan dan keburukan.

“Sifat malu itu baik dan ianya lebih baik sekiranya ada pada seorang wanita” (Habib Umar bin al Hafidz)


5. Mampu Menjaga Solat Lima Waktu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Orang yang menjaga solatnya pasti seorang yang baik dan cantik disisi Allah SWT. Malah sejuk pula mata orang yang memandang.

6. Melazimkan Diri Dengan Beristighfar Dan Berzikir.

Beristighfar akan membawa anda kepada keampunan Allah keatas dosa-dosa kita, Allah juga akan mengurniakan kecukupan di dalam rezeki dan lain-lain lagi. Maka beruntunglah orang-orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah.

Istighfar juga sangat mudah, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, waktu dan tempat. Jangan lupa untuk beristighfar, kerana mulut yang sentiasa berzikir akan mengeluarkan kata-kata yang baik juga. Insya Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen