Cuba Lihat Kesabaran Teman Lelaki Anda Melalui Cara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini sememangnya mempunyai pelbagai perangai yang tidak dijangka. Maka dengan itu, dirinya pasti akan menguji kesabaran seorang lelaki. Mana tidaknya sikap yang berubah-ubah serta tidak tetap pendirian ini sering kali akan berlaku dalam diri wanita. Oleh kerana itu, dirinya memerlukan seorang lelaki yang akan sabar dengan segala tingkah lakunya.

Namun begitu, bagaimana untuk mencari lelaki yang sabar dengan diri kita ini? Hal ini kerana, lelaki ini sudah pasti lah mementingkan ego mereka. Bahkan, mereka ini juga mudah rimas dengan sikap wanita yang berlebihan. Tapi anda boleh lihat melalui 4 perkara ini.



1. Marah yang tidak jelas.

Seorang wanita biasanya akan lebih cepat melenting dan marah terhadap satu perkara yang tidak pasti. Hal ini kerana, mereka suka membuat keputusan secara terburu-buru bahkan memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan. Jadi wanita perlu mencari seorang lelaki yang mampu memahami dan mengawal sikap ini. Jika sama-sama mudah marah, pasti sukar untuk capai keharmonian bersama.

2. Tidak mahu mengaku salah.

Jika anda banyak mengalah dalam hubungan, cuba kali ini anda tidak mahu mengalah sedangkan ia sememangnya bukan salah anda. Cuba lihat bagaimana dirinya menghadapi anda. Jika dia juga berkeras tidak mahu mengalah, bahkan dirinya memarahi anda kerana sikap keras kepala anda. Itu bermakna dia belum cuba untuk bersabar dengan anda.



3. Enggan menerima pandangannya.

Wanita ini biasanya lebih mudah untuk menerima pandangan orang lelaki kerana mereka merasakan orang lelaki ini banyak pengetahuannya. Namun begitu, perbezaan pendapat ini kadang kala membuatkan orang lelaki ini hilang sabar dengan sikap pasangannya. jadi, apa kata anda cuba membantah pandangannya dan memberikan satu pandangan yang lebih baik. Selepas itu lihat reaksi dirinya.

4. Biarkan dia menunggu dengan lama.

Mungkin menjadi perkara biasa mengenai wanita akan bersiap lambat. Jadi jika anda selalu membiarkan dirinya menunggu anda, kini biarkan dia menunggu anda lebih lama sedikit. Jika anda lihat tanda-tanda marah di wajahnya, dan meluahkan dengan cara baik itu menandakan ia sedang cuba bersabar dengan anda. Jika dia marah, sudah jelas dia masih belum cuba untuk bersabar dengan sikap anda.

Tidak salah untuk melihat dan mengetahui kesabaran orang lelaki ini. Mana tidaknya, kesabaran yang ada pada dirinya itu mampu membuat dia bertahan terhadap satu perhubungan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen