5 ‘Trick’ Lelaki Untuk Membuat Wanita Jatuh Cinta Kepadanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan ini sebenarnya terlalu banyak helah digunakan untuk memikat dan terpikat. Terutama jika anda di dalam tempoh berkenalan ataupun ketika awal perhubungan. Pada ketika ini terlalu banyak helah yang digunakan untuk saliang memikat.

Jika wanita memikat lelaki menggunakan sikap dan kecantikannya, bagaimana pula seorang lelaki menggunakan helah untuk memikat seorang wanita? Sudah tentu lah setiap orang akan menggunakan helah yang berbeza, tetapi 5 trick ini pasti antara kebiasaan yang orang lelaki akan gunakan.



Berikut adalah 5 trick tersebut:

1. Menjaga penampilan.

Bukan wanita sahaja yang menggunakan helah ini sebagai cara memikat hati pasangan. Lelaki juga menggunakan helah seperti ini untuk membuat wanita tersebut melihat penampilan mereka yang menarik. Mana tidaknya, seseorang itu sebelum mula untuk berkenalan rapat sudah pasti lah akan melihat penampilan dan rupa paras dahulu. Bagi wanita rupa paras itu hal yang kedua, tapi penampilan itu adalah yang paling utama.

2. Membuat wanita tersebut ketawa.

Wanita dikatakan lebih mudah tertarik dengan lelaki yang suka membuat lawak jenaka ini. Bagi wanita, lelaki seperti ini menghiburkan mereka. Mana tidaknya, ada sahaja modal yang akan dikeluarkan untuk mencuit hati pasangannya itu. Setiap jenaka yang dikeluarkan itu sudah tentu lah mempunyai maksud yang mendalam. Mana lah wanita tidak suka.

3. Menjadi pendengar yang setia.

Selain suka dengan bahan jenaka seorang lelaki, wanita juga sukakan lelaki yang mampu memberikan telinga mereka dengan baik. Pada awal perkenalan sudah pasti lah lelaki ini akan tunjukkan bahawa mereka ini pendengar yang setia. Dan anda juga boleh mencurahkan segala yang anda rasa kepadanya. Mana tidaknya, pada ketika ini lah perasaan akan timbul kerana dia selalu ada disisi anda.



4. Tunjukkan sikap-sikap gentlemen.

Ketika awal perkenalan mahupun perhubungan sudah pasti lelaki ini akan tunjukkan sikapnya yang gentlemen itu. Sikap gentlemen ini lah yang selalu membuat ramai wanita terpikat. Dari berbelanja makanan ke melihat wayang. Dari membuka pintu ke kejutan yang tidak dijangka. Semuanya akan dilakukan pada awal ini lah.

5. Membuat wanita tertanya-tanya.

Membuat seseorang wanita tertanya-tanya akan keperibadian dirinya adalah helah yang paling kerap digunakan. Mana tidaknya ini adalah perkara yang paling mudah untuk membuatkan wanita tersebut menyukainya. Semakin banyak tanda tanya yang bertemu jawapan, semakin jatuh cinta wanita itu kepada lelaki tersebut.

Kelima-lima helah ini kerap digunakan oleh seseorang lelaki yang mahu memikat wanita. Lelaki ini akan pikat mata dan hati dahulu. Jika hati dan mata sudah tersenyum bahagia, maka berjaya lah lelaki tersebut gunakan helahnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen