“Datang, Pinjam Hati, Hancurkan Dan Berlalu Pergi" – Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila perasaan sayang ini hadir dalam diri sudah pasti sukar untuk menafikannya, jika tiada kekuatan yang kuat belum tentu berani untuk meluahkannya. Tapi apabila sudah berjaya memiliki mengapa kita tidak pernah cuba untuk pertahankan dan mudah mengalah apabila lihat perhubungan sudah goyang?

Mari baca sedikit perkongsian dari Syafiq Ridhwan mengenai satu perhubungan.



"Kalau sayang, ya tunjukkan" suara saya memecahkan kesunyian malam.

"Kau tak boleh cakap sayang-sayang, tapi pada akhirnya kau berdiam diri. Tiada tindakan. Tiada perbuatan. Tiada usaha. Sayang ni tak boleh sekadar cakap sahaja. Tak jadi" saya menyambung lagi sambil menoleh ke arah dia.

"Aku dah tunjuk dah, cumanya mungkin dia tak mahu. Tak berkenan dengan apa yang aku buat" suara dia perlahan membalas.

"Then kau nak putus asa begitu saja? mudahnyalah" saya menyanggah.

"Manusia ni, kalau dia tahu kau suka dia, kau betul-betul nak jadikan dia orang yang menemani kau dunia sampai akhirat ni, kau kena jadikan dia antara perkara-perkara yang penting dalam hidup kau. Tak kiralah waktu kau senang, atau pun waktu kau susah"

"Dia tak nak banyak pun"

"Dia nak kau selalu ada dengan dia. Kau tunjukkan yang kau ada komitmen. Kau betul-betul mahu. Kau bersungguh-sungguh dengan apa yang kau tekadkan" saya meneruskan percakapan.

"Manusia ni, waktu dia tengah sempurna, waktu dia tengah terisi dengan kegembiraan, senang sangat nak kau jaga hati dia. Tapi waktu dia tercalar, kecewa, waktu dia bawa segala duka di dalam diri dia, waktu tu kau kena berusaha setakat mana kau mampu. Kau kena tunjukkan yang kau bukan lagi orang yang salah" saya berhenti sambil melihat mukanya.



"Datang, pinjam hati, hancurkan dan berlalu pergi" sambung saya perlahan sambil melihat ke ruang kosong di hadapan.

Kami terdiam lama. Saya menepuk-nepuk kasut di bawah, membersihkan sedikit kesan-kesan debu yang tertinggal. Selesai sahaja, pantas saya bangun melihat keadaannya semula.

"Betul. Kalau kau suka seseorang ini, berdiri teguhlah untuk itu. Berlaku jujur dengan dia. Jadikan dia orang yang selalu menemani setiap hari-hari yang kau lalui. Ada orang dia ambil hati orang ini, dia pegang, tapi pada akhirnya dia gagal untuk menjaga dengan baik, dia abaikan, dia tak hiraukan, dan pada akhirnya dia menyesal setidak-tidaknya"

"Dia lupa. Cinta ini tidak boleh bertepuk sebelah tangan. Dia lupa yang cinta ini tidak boleh digapai dengan hanya sebelah tangan. Dia juga lupa yang cinta ini tidak boleh bertahan dengan hanya sebelah kaki berada di dalamnya"

"Tak mengapalah, kalau kau tak mampu, dan tak bersungguh-sungguh, lepaskanlah"

"Biarkan dia pergi ke mana sahaja yang dia mahu. Ke mana tempat yang dia rasakan sesuai dengan isi kehidupannya. Yang mana dia bebas mewarnai kehidupan dia dengan warna-warna yang dia suka"

"Jangan beriya mengambil hatinya, kemudian kau hanya pegang separuh-separuh. Sekejap mahu, sekejap tidak. Tiada komitmen"

"Sebagaimana kau berhak dihargai, begitu jualah dia"

"Dah. Jangan risau, usaha"

"Pasti tuhan akan tentukan"

Syafiq Ridhwan
Kerinduan yang terpupus.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen