Satu Sikap Yang Ada Pada Semua Lelaki Berjaya Tetapi Tiada Pada Lelaki Yang Gagal.

Oleh: Rafi

Ini adalah tahun ketiga aku menetap di Turki. Sudah bermacam-macam orang aku pernah bawa berjalan di sini. Tapi aku baru perasan satu perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Selalu juga aku dapat pelanggan / peserta trip yang berjaya dalam hidup, kaya & mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Mereka ini bermusafir dari jauh untuk bercuti di Turki. Kebiasaannya paling sedikit, 3 hari aku akan bersama-sama mereka. Saidina Umar pernah mengajarkan jika hendak mengenali seseorang kita hendaklah bermusafir dengan orang itu. Kerana bermusafir ini memerlukan seseorang itu meninggalkan zon selesanya. Berada dalam keadaan zon tidak selesa selalunya kita boleh melihat karakter sebenar seseorang.



BERSIKAP BAIK / LEMBUT TERHADAP IBU & ISTERI SENDIRI.

Itulah karakter yang aku selalu lihat ada pada pelanggan-pelanggan aku yang aku kira sebagai seorang berjaya, kaya atau mempunyai jawatan baik dalam kerjaya atau masyarakat. Walaupun pangkat mereka besar seperti GM Petronas, pengarah syarikat, Dato’ tetapi apabila bercakap dengan ibu atau isteri sendiri, mereka amat berlembut. Tidak pernah lagi aku bawa orang-orang besar yang bersikap kasar dengan ibu atau isteri mereka.



Ada yang isterinya agak cerewet tetapi sang suami tetap bersikap tenang dan menurut sahaja kehendak isteri. Itulah juga sikap abah aku sepanjang 32 tahun aku hidup tidak pernah aku tengok abah berlaku kasar terhadap mak aku malah bergaduh mulut pernah sekali sahaja aku lihat sewaktu kecil dahulu. Abah aku ini hanya imam kampung biasa, pencen kerja kerani gaji terakhir tidak lebih RM1,500 tetapi dicukupkan rezeki dari segala hal.

Mungkin berkat kesabaran dan kelembutan melayan ibu dan isteri menambah pintu-pintu rezeki untuk suami. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen