“ Nak Kahwin Tapi….” 6 Tanda Seorang Wanita Masih Ragu-Ragu Untuk Berkahwin.

Pada zaman kini, fenomena bertemu jodoh lewat sangat berleluasa. Bukan sahaja lelaki ragu-ragu untuk berkahwin, wanita zaman moden atau urban ini juga ragu-ragu untuk berkahwin. Salah satu pendapat atau pandangan mereka mengenai berkahwin lambat ini adalah sukar untuk mencari lelaki yang betul-betul menepati citarasa mereka.

Jom lihat 6 tanda seorang wanita masih ragu-ragu untuk berkahwin….

1. Teruja pergi ke pesta perkahwinan tetapi…

Melihat pesta perkahwinan yang meriah dan warna-warni pasti akan membuka mata masyarakat terutamanya wanita. Setiap wanita pasti mempunyai tema atau perkahwinan idaman di dalam hati mereka. Mereka juga teruja untuk pergi ke pesta tersebut dan kadang-kala sanggup menemani rakan-rakannya yang mahu berkahwin, tetapi dalam hatinya… “Betul ke aku bersedia? Calon pun tak ada..” atau “Mampu ke aku nak kahwin macam ni?”

2. Mahukan pasangan menurut kata-katanya tetapi…

Wanita ini sedikit dominan dan berdikari. Jika boleh setiap pendapat yang diberikan perlulah pasangannya membalas dan mengambil peduli. Akan tetapi wanita ini sukar pula untuk berkompromi. Kemungkinan besar dirinya sedikit ego, dan mahu hanya lelaki tersebut menurut pendapat dan perintahnya, tetapi tidak pula bagi mereka. Tanda sebegini sebenarny menunjukkan wanita tersebut tidak bersedia untuk berkahwin.

3. Nak anak tetapi…

Setiap pasangan yang mahu berkahwin pasti inginkan anak, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkahwin. Wanita ini merasakan dirinya sudah bersedia untuk menjadi bakal isteri pada bakal jodohnya, akan tetapi merasakan dirinya tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu, kelak. Mungkin kerana tidak tahu melayan anak-anak kecil, tidak suka dengan kerenah bising dari budak-budak dan seumpama dengannya.

4. Mahukan pasangannya menghantar rombongan meminang tetapi…

Setiap wanita pasti mahukan teman lelakinya cepat-cepat menghantar rombongan meminang, apabila sudah lama berkenalan atau bertunang. Akan tetapi tiba-tiba merasa dirinya tidak sedia menempuh dugaan untuk berkahwin. Dan merasakan memerlukan sedikit masa untuk mengenali bakal jodohnya dengan lebih lama.

5. Mahukan masa yang lebih lama tetapi…

Apabila menjalinkan hubungan yang terlalu lama pasti banyak dugaan. Tetapi jika berkenalan pada waktu yang singkat, takut hati dan perasaannya dipermainkan kelak, ketika setelah berkahwin. Lalu hatinya menjadi resah dan tertekan. Wanita ini terlalu tertekan memikirkan masa hadapannya dengan bakal jodoh tersebut.

6. Mahu berkahwin tetapi…

Wanita ini masih ragu-ragu untuk berkahwin kerana kecelaruan dalam dirinya sendiri. Nak kahwin tapi…. Nak kahwin tapi…. Terlalu banyak dengan tetapi nya…. Dirinya sendiri juga keliru. Dirinya sebenar tiada jawapan yang tepat mengapa tidak bersedia untuk berkahwin, atau ragu-ragu untuk menamatkan zaman bujang?

Untuk berdampingan dengan wanita sebegini, sudah tentulah lelaki tersebut perlu lebih rasional dan dapat meyakinkan wanita itu untuk berkahwin. Jangan tunggu lama-lama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen