8 Tanda Seorang Lelaki Berusaha Untuk Mencintai Pasangannya

Apabila seorang lelaki sudah mulai suka, sayang dan cinta pada seorang wanita, mereka akan berusaha melakukan sesuatu untuk menunjukkan dirinya benar-benar mencintai wanita tersebut. Bukan melalui perbuatan sahaja, apa sahaja yang diluahkan dengan kata-katanya semua sahaja berkenaan dengan cinta. Segalanya tentang wanita yang dicintai kerana di dalam fikirannya hanya terbayang tentang wanita tersebut.

Jom kita melihat tanda-tanda lelaki sedang berusaha mencintai pasangannya, tidak kira teman wanita atau isterinya…

1. Lelaki ini berusaha untuk menentukan tarikh untuk dating.

Memilih tarikh untuk dating kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan wanita, kerana lelaki memang hanya menurut kata-kata wanita sahaja. Bagi mereka menurut kata-kata wanita adalah lebih baik, kerana jika mereka yang tetapkan tarikh tersebut, pasti wanita ini akan membantah. Tetapi tidak pada lelaki ini, mereka bersikap dominan dan tahu untuk menentukan dan merancang tarikh untuk bertemu janji. Malah sering memberi idea tempat-tempat baru untuk ditujui.

2. Lelaki ini berusaha sedaya upaya untuk reply whatsapp.

Lelaki ini tidak akan membuatkan pasangannya tertunggu-tunggu dengan tidak membalas whatsapp. Jika benar pada waktu dan saat itu dirinya sibuk melakukan sesuatu urusan penting, pasti si dia akan mengatakan dirinya busy dan akan menghubungi anda pada waktu terluang. Ini kerana lelaki tersebut tidak mahu membuat pasangannya ragu-ragu, dan mula membuat andaian yang bukan-bukan.

3. Lelaki ini sentiasa berusaha membuat diri anda jatuh cinta pada dirinya setiap hari.

Lelaki ini bukan seorang lelaki yang tipikal dimana hanya membuat pasangannya jatuh cinta beriya-iya pada detik awal perkenalan sahaja. Tetapi apabila sudah lama menjalinkna hubungan atau perkahwinan yang bertahun-tahun lamanya, hati sentiasa hadir dengan perasaan cinta. Perasaan cinta dan kasih sayang dalam diri tidak pernah pudar, kerana si dia tahu taktik untuk tidak membuatkan hubungan semakin hambar.

4. Lelaki ini berusaha keras mencari rezeki.

Bukan sahaja untuk menampung kehidupannya sendiri bahkan untuk menampung teman wanitanya yang bakal dikahwini kelak. Sangat fokus menyimpan duit untuk perkahwinan, malah simpanan untuk masa hadapan. Lelaki ini memang sangat komited apa yang mereka lakukan, kerana tidak mahu kehilangan wanita yang mereka cintai.

5. Lelaki ini juga berusaha membuatkan diri anda menjadi keutamaan.

Lelaki ini tidak akan membelakangkan pasangannya, dalam apa jua yang dilakukan kerana wanita itu adalah keutamaan dalam hidupnya. Wanita tersebut adalah nyawanya. Tanpa wanita tersebut, pasti hidupnya ternyata sedikit goyah. Jadi, sudah pasti untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada pasangan adalah satu keutamaan.

6. Lelaki ini berusaha untuk berkorban.

Dalam percintaan semestinya memerlukan pengorbanan apatah lagi setelah berkahwin. Jika tidak boleh berkorban bermakna cinta atau kahwin tersebut seperti sia-sia. Ini kerana tanpa pengorbanan, salah seorang pasti tidak merasa apa itu bahagia dan gembira.

7. Lelaki ini berusaha untuk memberikan suasana yang positif.

Setiap apa yang berlaku diantara kalian berdua, lelaki ini pasti akan berusaha untuk memberi aura positif, supaya hubungan tidak hambar. Tidak kira apa jua keadaan dan situasi terutamanya ketiak pertelingkahan, pasti si dia berusaha untuk bertoleransi. Apabila anda berdua sedang di dalam perbincangan dan tidak bersetuju tentang perkara tersebut, si dia berusaha untuk mencari solusi. Si dia tidak akan meletakkan kesalahan ke atas anda secara total.

8. Malah lelaki ini akan berusaha membuat anda gembira.

Lelaki mana yang suka melihat pasangannya berduka lara, bermasam muka, bukan? Sudah pasti setiap lelaki yang sedang mencintai pasangannya, akan berusaha membuat wanita tersebut bahagia dan gembira.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen