Lelaki Yang Mencintai Anda Akan Menunggu Hanya Kerana Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencintai itu kadang kala membahagiakan dan kadang kala melukakan hati seseorang. Namun begitu, semua orang pasti akan pernah mencintai seseorang sama ada seseorang yang menerimanya atau seseorang yang hanya akan menolaknya.

Buat lelaki, menerima penolakkan seseorang yang disukai itu mungkin adalah perkara biasa kerana mereka ini kerap kali meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu. Walaupun dirinya ditolak oleh seorang wanita, ia mungkin tidak akan membuat lelaki terbabit berputus asa.



Bukan itu sahaja, apabila seseorang lelaki mula mencintai seseorang, mereka ini biasanya sanggup menunggu seseorang itu menerimanya, bahkan mereka ini juga sanggup menunggu pasangannya itu bersedia untuk menjalinkan satu ikatan yang sah dengannya.

Berikut adalah beberapa sebab yang membuatkan seseorang lelaki itu menunggu.

1. Dia tahu anda akan pergi ke padanya satu hari nanti.

Lelaki biasanya akan mempunyai keyakinan terhadap sesuatu perkara, sebagai contoh perkara seperti ini. Hanya kerana dia terlalu yakin bahawa anda akan berlari kepadanya kerana anda baru sedari perasaan anda terhadapnya, itu yang membuatkan mereka ini sanggup menunggu sesuatu yang tidak pasti. Mereka ini biasanya akan menunggu sehingga anda itu memilih orang lain berbanding dirinya, namun itu belum tentu membuatkan dia berhenti menunggu.

2. Dia tahu anda masih belum bersedia.

Bagi seorang lelaki, jika anda menolak dirinya hanya kerana dua sebab. Yang pertama anda sudah mempunyai pasangan dan yang kedua anda masih belum bersedia untuk menerima dirinya. Jadi jika anda tidak mempunyai pasangan, dia akan tetapu menunggu anda sehingga anda menyatakan tidak kepada dirinya.



3. Dia tahu anda mempunyai orang lain.

Walaupun dia tahu bahawa anda mempunyai orang lain, tetapi dia lebih memilih untuk mencintai anda di dalam diam. Mana tidaknya jika dia meluahkan perasaannya terhadap anda, kemungkinan besar ia akan menjadi perbalahan antara anda, pasangan anda serta dirinya. Jadi ia lebih memilih untuk mencintai anda di dalam diam.

4. Dia tahu dia mampu memahami anda dengan lebih baik.

Siapa sangka dia menunggu anda hanya kerana dia beranggapan bahawa dia mampu memahami anda dengan lebih baik berbanding sesiapa pun. Perkara-perkara remeh seperti ini sering kali membuatkan dirinya mengambil keputusan yang tidak sepatutnya.

Jadi jika anda mempunyai seseorang yang sedang menunggu anda, dan anda tidak mempunyai hati terhadapnya, katakan dengan jelas bahawa anda tidak mahukan dirinya. Kalau boleh lakukan penolakan secara elok agar dirinya terus berheti berharap pada diri anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen