“Kaum Hawa Jangan Takut Untuk Luahkan Perasaan” – Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila umur mencecah ke 25 tahu ke atas ini pasti semua orang sedang tercari-cari pasangan hidup mereka. Mana tidaknya, ketika ini hampir kesemua rakan-rakan disekeliling sudah menjalani hidup berpasang-pasangan. Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya begitu.

Namun begitu dalam mencari pasangan ini, anda harus berani untuk ditolak, terluka serta meluahkan perasaan anda terhadap seseorang yang anda suka. Hal ini kerana, jika anda tidak luahkan, sampai bila anda tidak tahu perasaan dirinya mengenai anda. Berikutan itu, mari ikuti sedikit perkongsian daripada Amir Syahir ini dalam pencarian jodoh anda.



"Awak sayang saya tak? Kalau sayang masuk lah meminang saya ye. Jumpa mak ayah saya"

"Awak dah sudah berpunya?"

"Awak, kita dah lama berkawan, selalu luang masa bersama, awak tak nak jadikan saya yang halal untuk awak ke?"

***

Ada lelaki memang suka "simpan" perasaannya dan menunggu perempuan tanya soalan macam tu. Dia risau dirinya tidak sepadan dengan diri kau. Jika kau suka dan selesa dengan dia, kau tanya la terus.

Ada lelaki malu untuk meluahkan rasa cinta pada perempuan. Ada je lelaki macam tu. Jadi, perempuan boleh memulakan langkah.

Hati perempuan ni kalau kau selalu caring dia, selalu kata rindu kat dia tapi kau langsung tak kata apa-apa mesti dia terdetik;

"Dia ni nak jadikan aku isteri ataupun hanya sekadar kawan baik?"

Dalam dunia dan zaman yang serba mencabar ini, tidak dinafikan ramai wanita yang masih belum mendirikan rumah tangga. Tambahan apabila sudah menjangkau usia hampir 30 an, para wanita pasti runsing memikirkan siapa jodohnya.

Wanita lebih rela menunggu daripada cuba meluahkan hasrat hati kepada lelaki yang mereka suka. Kerana kebanyakan masyarakat kita berpendapat jika wanita dahulu yang meluahkan hasrat hati seolah-olah wanita itu tiada maruah diri dan menyalahi adat.

Untuk mengelakkan persepsi sebegitu, perlu ada caranya. Tetapi jangan meluahkan rasa hati tu kepada suami orang pula. Itu mencari nahas namanya.



Lelaki memang bersepah. Tetapi nak cari yang bertanggungjawab, beriman dan penyayang agak susah. Cinta memerlukan keberanian. Keberanian di sini maksudnya sanggup, sedia, rela dan berterus terang.

Risiko yang perlu ditanggung hanya dua iaitu diterima atau ditolak. Jika jawapan si dia seperti yang kau harapkan, syukurlah. Tapi jika ditolak, ia bukan sesuatu yang memalukan ataupun sesuatu yang hina. Anggap sahaja dia bukan jodoh yang terbaik untuk kau.

Kau tengok dulu dia macam mana. Jika kau serasi dengan dia. Kau rasa dia mampu jadi suami dan ayah yang baik apa salahnya kan. Kalau dia caring tu, selalu mesej mesti dia ada hati juga dekat kau. Tapi kena reject okay la daripada duk menanti sebuah jawapan yang tak sudah.

***

Jangan tergesa-gesa hendak mendirikan rumah tangga hanya sebab melihat rakan-rakan sebaya yang lain sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cerita hidup setiap insan berbeza. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Kau jangan ingat berkahwin tu bahagia je sepanjang masa. Ada pasang surutnya. Jadi, carilah orang yang kau rasa betul-betul boleh hidup bersama dan mengharungi susah senang hingga ke akhir hayat. Jangan tangkap muat je.

Jodoh ini bukan soal siapa cepat dia dapat. Tetapi jodoh ini bila tiba masanya pasti akan dapat. Janji Allah itu pasti.

Aku tak suruh kaum makwe masuk meminang lelaki yang kau suka, hantar rombongan merisik ke, tapi cukuplah kau kata beritahu dia yang kau suka, sayang dia. Kau suruh lelaki yang kau sayang tu cepat-cepat masuk meminang kau. Biarlah ada ikatan yang sah.

Jadi, zaman sekarang ni mana ada perigi mencari timba lagi. Zaman sekarang kan orang dah pakai "shower". Kah!

Jadi buat anda yang sedang berusaha mencari pasangan itu, jangan mudah putus asa dan beranikan diri untuk meluahkan perasaan anda. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk berani berhadapan dengan seseorang yang ada sukai.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen