“Emosi Yang Sukar Dijangka Kerana Mood Senang Berubah” Anda Teman Wanita Yang Bagaimana?

Kaum wanita ini mempunyai pelbagai karenah. Bagi pandangan lelaki, wanita ini sangat merumitkan dan memujuk mereka adalah salah satu tugas yang sangat sukar untuk dilakukan. Kerana jika tidak dipujuk, dikatakan tidak diambil peduli, tetapi jika sudah memujuk diherdik pula. Namun, ada juga sebahagian daripada kaum wanita yang tidak merumitkan pula.

Jadi, anda adalah teman wanita yang bagaimana ya? Jom kita lihat…

1. Keras kepala tetapi…

Wanita ini sangat keras kepala seumpama memiliki dinding yang keras dalam dirinya seolah-olah lelaki yang bertuah sahaja dapat menembusi atau memecahkan dinding itu. Secara mata kasar, wanita ini adalah seorang yang kasar, dan suka cakap lepas, tetapi perkara itu tidak dilakukan terhadap orang yang istimewa dihatinya.

Mereka juga tidak mementingkan diri sendiri dan berfikir tentang orang lain terlebih dahulu. Ini sering menyebabkan mengabaikan perasaan dan keperluan mereka sendiri yang mungkin menyebabkan konflik dalam hubungan.

2. Pemalu tetapi…

Wanita ini memiliki sifat yang pemalu dan akan bertindak menjauhkan diri dengan lelaki disekelilingnya, walaupun lelaki itu diminati secara diam. Tetapi wanita ini mempunyai auranya tersendiri dimana, apabila seorang lelaki sudah mendekati dirinya, akan berasa seperti tidak kena jika tanpa kehadiran wanita ini disisi. Sepi dan sunyi mungkin.

Walaupun pemalu, mereka mampu membaca air muka seseorang. Jadi, jika bercinta dengan diri mereka, anda dapat merasakan wanita ini seperti psiko mungkin. Tetapi cuma naluri hatinya sebagai perempuan sangat kuat.

3. Sangat mementingkan kesempurnaan tetapi…

Wanita ini boleh juga digelar sebagai perfectionist. Ini kerana mereka mahukan hubungan yang sangat sempurna. Mereka lebih banyak menyumbang daripada lelaki tersebut, kerana memang begitu caranya memberi cinta. Akan tetapi wanita sebegini, majoritinya banyak yang terluka kerana terlalu memberi dan mahukan kesempurnaan.

Walaubagaimanapun lelaki yang dapat mendekatinya adalah seorang yang rasional dan bijak menyelami emosi wanita ini kerana sikap mereka yang sukar dijangkakan.

4. Seorang yang sangat baik hati tetapi…

Wanita ini sangat positif, dan tidak mahu ada sebarang aura negatif dalam hubungan cintanya. Oleh kerana itu wanita ini sedaya upaya mengelakkan sebarang pendapat yang berbeza yang menjurus ke arah pertelingkahan. Akan tetapi dengan sikap inilah menyebabkan pasangannya mengandaikan wanita ini seperti lari daripada masalah.

Cara mereka melarikan diri dari masalah adalah dengan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan, dimana ia akan menyebabkan kesan yang buruk dalam hubungan. Mereka juga adalah seorang yang panas baran sebenarnya, oleh kerana itu mereka sedaya upaya untuk menjadi positif.

5. Sangat setia tetapi…

Wanita ini sangat setia, dan jarang untuk melihat dirinya sentiasa berganti pasangan. Setiap pasangan tersebut, pasti mengambil bertahun-tahun untuk menjalinkan hubungan tetapi tidak sampai ke pengakhiran kerana sikapnya yang sentiasa berubah-ubah. Sukar dijangka emosinya kerana mudah swing mood.

Oleh kerana sikapnya sebegini, pasangannya tidak tahan lalu meninggalkannya keseorangan. Namun, apabila telah berpisah, wanita ini langsung tidak menoleh ke belakang lagi. Bekas kekasih tetap bekas kekasih, bukan lagi kawan, kenalan, musuh atau sesiapa sahaja. Mereka hanya menganggap insan tersebut seperti orang yang tidak dikenali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen