Kenali ‘Ciri-Ciri Isteri Nusyuz’ Kepada Suaminya, Agar Terhindar Dari Melakukannya Kelak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita begitu mudah sekiranya ingin masuk ke syurga, dengan hanya patuh kepada suaminya serta mengikuti perintah Allah. Namun begitu, pada zaman yang serba moden ini pasti banyak dugaan untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suaminya.



Mana tidaknya, rasa penat dan letih menguruskan rumahtangga serta kerjaya pasti kadang kala menguji kesabaran seorang isteri. Kadang kala tindakan yang dilakukan itu hanya mengikut perasaan sahaja namun, ia boleh dijadikan sebagai tanda isteri yang nusyuz. Jadi mari kita ketahui sedikit mengenai ciri-ciri isteri yang nusyuz ini.

1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Isteri wajib meminta kebenaran suami jika hendak keluar rumah terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Isteri perlu meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya).

2. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak .

Jika diizinkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun maka barulah isteri boleh tidak mengikut kehendak suaminya.

3. Menyakiti hati suami.

Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar.

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”



4. Tidak menyerahkan diri pada suami ketika suami hajat bersama.

Ketika suami berhajat kepadanya dia engan melayan hajat suaminya tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau tak ada keinginan bukan alasan yang menasabah.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya : “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

Isteri tidak boleh mengutamakan pekerjaan lain walaupun sebuk macamana perlu melayan panggilan suami kerana memenuhi keperluan suami adalah wajib melainkan isteri sedang solat fardu maka ketika ini tak perlu menyahut panggolan suami.

6. Isteri membuat fitnah kepada suaminya.

Isteri cuba memfitnah atau mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu. atau isteri menuduh tanpa bukti yang sahih bahawa suaminya ada perhubungan dengan wanita lain. Lebih besar dosanya jika fitnah tersebut di sebarkan di internet dan whatsapp kepada rakan-rakannya.

7. Isteri minta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak.

Jika isteri meminta cerai kerana alasan suami berhajat berpoligami.bukanlah alasan yang syrie.

Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

8. Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain.

Isteri selalu chatting, talipon , whatsapp dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya kepada lelaki yang bukan mahramnya.

9. Puasa sunat tanpa keizinan suami dan memasukkan seorang lelaki tanpa izin suaminya.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walaupun lelaki yang datang kerumah isteri tersebut adalah terdiri daripada mahramnya. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas kehadiran mereka tidak menjadi masaalah .

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik pada masa akan datang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen