“Abang Tak Tahu Lah…” Jangan Guna Alasan Ini Pada Isteri, Tegur Lelaki Ini.

Dalam perkahwinan,setiap pasangan harus bekerjasama dalam melakukan segala urusan rumah tangga. Seperti mengemas rumah dan menguruskan anak-anak. Bagi lelaki kerja sebegini adalah kerja seorang wanita sahaja, dan lelaki tidak perlu ambil tahu. Lelaki hanya ambil tahu kerja-kerja yang berat sahaja.

Namun sedemikian, pada zaman sekarang ada sahaja wanita yang boleh memperbaiki lampu rumah keseorangan, mengangkat barang berat dan seumpama dengannya. Tanpa sedar lelaki membiarkan para isteri melakukan kerja-kerja sebegini berdikari tanpa mengharapkan mereka. Jadi, apakah peranan mereka menjadi suami sebenarnya?

Mengikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini, beliau menegaskan bahawa para suami tidak boleh sesekali menggunakan 5 alasan seperti di bawah, dan biarkan isteri kepenatan kerja seorang diri…

********

1. Tak Tahu.

“Abg tak tahu tukar pampers, sayang buat lah.”

Tak tahu atau buat buat tak tahu adalah alasan paling biasa kita dengar. Ini cara senang nak bagi tahu yang kita malas dan tak berusaha. Buat je dulu, alasan kemudian. Walaupun gagal sekurangnya boleh jadi teladan pada anak-anak.

2. Tak Pandai.

“Abg mana pandai buat kerja rumah, abg bukan orang rumah.”

Tiada manusia yang lahir terus pandai buat kerja rumah, ada je orang rumah yang tak buat kerja rumah. Tak pandai boleh belajar tapi kalau tak belajar tiada siapa boleh bantu walaupun seorang jutawan rumah.

3. Tak Yakin.

"Abg tak yakin nak mandikan anak baru lahir, tangan abg kasar nanti patah tulang anak kita.”

Keyakinan tak boleh di beli di supermarket, keyakinan juga tidak boleh di warisi dari ibu bapa. Tetapi keyakinan perlu di bentuk dari latihan dan tindakan.

4. Tak Boleh.

“Abg tak boleh nak jaga anak seorang diri.”

Percayalah, jika isteri kita boleh mengandungkan anak 9 bulan 10 hari seorang diri, lelaki pasti boleh jaga anak paling kurang pun untuk 9 hari.

5. Tak Pernah.

“Abg tak pernah buat susu sebelum ni, dekat universiti tak pernah ajar pun.”

Universiti tempat menimba ilmu dan tempat melahirkan golongan berilmu. Rumah pula tempat kita mencurah bakti dengan mempraktikkan ilmu yang kita pelajari dari pengalaman, universiti mahupun dari kedai mamak. Kadang-kadang bukan isteri tak boleh baca yang suami ni sebenarnya malas, dan banyak bagi alasan.

Walaupun dah tahu mereka tetap suruh suami buat kerja rumah. Sebabnya mereka tak pernah berhenti BERHARAP yang satu hari nanti suami dia akan berubah.

Percayalah tiada kerja di dunia ini yang lelaki tak boleh buat kecuali kerja Tuhan.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen