"Setelah Berpisah Baru Timbul Rasa Rindu Pada Dirinya" Ini Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai pasangan yang telah berpisah berfikir banyak kali untuk kembali bersama. Sedangkan, perpisahan yang terjadi dahulu adalah berdasarkan persetujuan bersama walaupun terdapat pertengkaran sedikit. Jika kembali bersama, perasaan itu hanya akan kekal beberapa hari sahaja dan selepas itu ia akan kembali seperti dahulu.

Namun begitu, mengapa setiap kali berlakunya perpisahan itu satu perasaan rindu akan tiba-tiba dirasai. Walhal, masa bersama dahulu, perasaan jemu dan bosan lebih mengusai berberbanding rasa rindu ini. Mengapa perasaan rindu ini hadir selepas berlakunya perpisahan?



Ini 4 sebab yang sesuai untuk dijadikan alasan mengapa rasa rindu hadir selepas berpisah.

1. Rasa sunyi.

Perkara yang paling dirasai oleh pasangan yang berpisah ini sudah pasti lah rasa sunyi dan kosong. Di mana, jika dahulu dia mempunyai seseorang untuk melepaskan geram serta luahan hatinya walaupun perkara tersebut sering diabaikan pasangannya. Meskipun hubungan mempunyai masalah, tetapi kalian masih saling melengkapi antara satu sama lain. Jadi apabila berlakunya perpisahan, kalian sudah tidak mampu untuk menjalani rutin yang sama malah lebih banyak menghabiskan masa bersendirian.

2. Tertanya-tanya mengenai dirinya.

Rasa rindu itu juga boleh timbul jika anda kerap tertanya-tanya akan keadaannya. Hal ini akan membuatkan anda mengenangkan dirinya seterusnya membuatkan anda rindu pada kenangan serta dirinya. Mana tidaknya, anda pasti tertanya adakah dirinya baik-baik sahaja, sedang apa dia pada waktu ini atau sudah ada pengganti atau tidak dirinya itu. Kesemua persoalan ini akan terus bermain difikiran anda dan membuatkan anda rindu pada dirinya.



3. Hilang keyakinan.

Sudah menjadi kebiasaan buat mereka yang putus cinta ini hilang keyakinan diri mereka. Mana tidaknya, kehilangan orang yang dikasihi itu membuatnya berfikir mengenai kekuranga dirinya. Jadi mereka merasakan bahawa bekas kekasih mereka itu sahaja mampu berhadapan dengan segala kekurangannya, namun kerana tersilap langkah kalian berpisah. Bukan itu sahaja, anda juga kerap memikirkan bahawa anda sukar mendapat pasangan yang lebih baik dari dirinya.

4. Tidak mampu move on.

Ini adalah penyebab utama mengapa rasa rindu itu hadir dalam diri anda. Anda tidak mampu move on dari segala kenangan serta diri bekas kekasih anda. Anda tidak mahu mencuba untuk move on, bahkan meletakkan pengharapan bahawa pasangan anda itu akan kembali mencari anda. Anda terlalu banyak meletakkan diri anda terhadap satu perkara yang tidak pasti.

Kesimpulannya, apabila berpisah ini sudah pasti anda banyak masa terluang berbanding dahulu. Jadi anda akan lebih banyak masa terfikir dan mengimbau kembali setiap kenangan anda. Sudah pasti lah perasaan rindu itu akan timbul jika kerap memikirkannya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen