Ciri-Ciri Lelaki Gentleman Dari Pandangan Wanita Dan Lelaki Sendiri. Anda Pula Bagaimana?

Lelaki budiman ataupun lebih dikenali dengan lelaki gentleman pasti mempunyai pandangan yang berbeza bagi setiap individual. Tetapi yang pastinya, lelaki yang gentleman ini adalah seorang yang berhati baik dan sukar untuk ditemui pada zaman sekarang.

Jom lihat antara pandangan masyarakat mengenai lelaki gentleman ini…

DARI PANDANGAN WANITA.

  • “Sesiapa yang tahu bagaimana untuk menghormati wanita, rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan dan tahu had dalam perbualan dan batasan tingkah laku semasa berdampingan dengan wanita…”
  • "Dan yang lebih penting, seorang lelaki budiman akan memastikan wanita berasa selesa dan selamat dengan kehadirannya. Seorang gentleman juga harus tahu berinteraksi dengan baik,"

DARI PANDANGAN LELAKI.

  • “Lelaki yang hanya menjadi gentleman bila dirasakan perlu…”
  • “Gentleman merupakan seorang lelaki yang bermaruah dan dihormati….”
  • "Beliau adalah mukminin, itu yang saya nampak,"
  • "Seorang gentleman akan melindungi wanita daripada bahaya, dia bagaikan perisai bagi kaum hawa."
  • "Bila berjalan dengan wanita, seorang gentleman akan berjalan di sebelah luar, dan beberapa langkah di hadapan."

NAMUN LELAKI YANG TIDAK GENTLEMAN ADALAH.

  • "Ada lelaki yang hilang sopannya atau tidak gentleman di tempat kerja atau di luar rumah. Ini yang saya perhatikan terutama semasa menunggu lif selepas waktu pejabat...."
  • "Mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap orang lain, tidak kira bagaimana keadaan seseorang itu, sama ada anda wanita, tua atau mengandung..."
  • "Mereka akan menyerbu dan menolak untuk masuk terlebih dahulu,"
  • “Duduk di sudut tertentu membaca akhbar sedangkan isteri membeli belah bersendirian atau ada yang sanggup membiarkan isteri menjinjing beg-beg barang belian…”

PANDANGAN LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN, LELAKI YANG GENTLEMAN ADALAH.

  • "Saya tidak berbelanja apa-apa untuk diri saya hari ini. Saya hanya mahu membantu isteri saya menjinjing beg dan mengangkat barang yang dia beli untuk keluarga,

PANDANGAN WANITA YANG SUDAH BERKAHWIN PULA.

Namun sedemikian lelaki yang gentleman dan telah berkahwin adalah yang tahu untuk menjaga batas pergaulan dan tidak akan mengajak wanita lain untuk melakukan maksiat ketika waktu malam. Sebagai contoh whatsapp sehingga lewat malam, membalas komen dengan perbualan yang panjang dituruti dengan emoji yang tidak senonoh.

Sedangkan isteri disisi tidak dilayan dan tidak dinafkahi.

Jadi, seeloknya sebagai pasangan yang telah berkahwin tinggalkan sahaja group whatsapp yang tidak menghormati batas dan urusan pergaulan yang sihat. Tidak payah kompromi alasan kecil hati, just left. Tiada manfaat langsung.

Wahai lelaki diluar sana, semoga istiqomah lah dalam menjadi lelaki yang budiman atau gentleman ini! Selamat Mencuba!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen