Tiada Bridesmaid Dikatakan Ketinggalan Zaman? Ini 5 Perkara Tentang Kebaikannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata majlis perkahwinan kini boleh dilihat ramai yang memmiliki bridesmaid di majlis mereka. Hal ini dianggap bridesmaid mereka itu akan membantu mereka sepanjang majlis berjalan. Namun begitu, ada sahaja yang tidak seperti diharapakan. Adakah tidak mempunyai bridesmaid ini dikatakan ketinggalan zaman dan majlis tidak kelihatan meriah?

Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan jika majlis perkahwinan anda itu nanti tidak mempunyai bridesmaid. Mari ketahuinya.



1. Mengurangkan perbelanjaan.

Perkara yang paling utama anda boleh lihat ialah, ia dapat membantu anda mengurangkan perbelanjaan perkahwinan anda. Mana tidaknya kos pembelian baju untuk setiap bridesmaid anda sudah pasti akan memakan jumlah yang banyak. Jika anda mempunyai 8 orang bridesmaid, berapa banyak jumlah wang yang akan anda keluarkan? Sudah pasti lah anda tidak akan menyuruh rakan anda membayar semula pakaian yang mereka terima bukan?

2. Tidak kecilkan hati rakan anda.

Anda pasti perlu memilih beberapa rakan anda untuk menjadi bridesmaid anda bukan? Jadi dengan itu, anda akan memilih beberapa rakan yang anda rasakan rapat dan terdekat sahaja. Bagaimana jika rakan-rakan yang lain itu terasa dengan tindakan yang anda lakukan kerana tidak memilih mereka? Jadi apabila tiada bridesmaid ini, sudah pasti lah kesemua rakan anda tidak akan terasa hati, malah ia dapat memeriahkan majlis anda.

3. Tetamu lebih dilayan.

Apabila anda tidak mempunyai bridesmaid ini, pasti lah anda tidak akan beri tumpuan kepada mereka sahaja. Jadi anda akan memberi tumpuan kepada semua tetamu yang hadir ke majlis anda, malah semuanya dilayan sama adil oleh anda. Jadi tiada lah rakan atau saudara anda yang berkecil hati dengan sikap anda pada majlis tersebut.



4. Rakan-rakan bebas berpakaian ikut suka mereka.

Mungkin ini bukan dipihak anda tetapi ia juga turut dibantu oleh anda. Tanpa menyuruh mereka berpenampilan seperti yang anda mahu akan membuatkan mereka ini bebas berpakaian apa yang mereka inginkan. Jadi tiada masalah untuk mereka mengenakan pakaian yang lebih bersesuaian dengan diri mereka berbanding mengikut pakaian yang anda rasakan cantik di mata anda.

5. Tidak jadi buah mulut orang.

Biasanya yang kita lihat, bridesmaid ini hanya akan menjadi buah mulut orang yang lebih berusia sahaja. Mana tidaknya, mereka beranggapan bahawa bridesmaid itu akan membantu serba sedikit meringankan majlis namun sebaliknya. Jadi jika tiada bridesmaid maka kuranglah orang kata mengenai kekurangan di majlis anda nanti.

Mempunyai bridesmaid atau tidak, itu semua terpulang kepada anda. Jika anda mempunyai wang yang cukup dan lebih sedikit tidak salah jika ingin lakukan ini, tetapi berjimat cermat adalah lebih baik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen