Diputuskan Atau Meminta Putus, Mana Pengakhiran Yang Lebih Baik?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan yang berakhir dengan perpisahan ia pasti melukakan perasaan setiap yang terlibat. Namun dalam perpisahan tersebut siapa yang paling akan terluka? Adakah yang diputuskan atau orang yang meminta perpisahan? Mana tidaknya, setiap perasaan itu pasti akan lebih terluka jika dirinya merasakan ia lebih tertindas dan tidak dihargai.

Rasa-rasa yang mana? Mari ketahui perbezaan dua perkara ini.



1. Perasaan rasa bersalah.

Perbezaan yang paling utama boleh dilihat ialah perasaan rasa bersalah setelah berpisah. Jika anda diputuskan, sudah pasti lah rasa bersalah itu sedikit berbanding jika anda yang meminta putus. Mana tidaknya, jika anda diputuskan sudah pasti lah anda tidak akan memikirkan perasaan bekas kekasih anda itu lagi. Mengapa? Hal ini kerana, anda merasakan bahawa dirinya sudah tidak mempunyai hati terhadap anda.

Berlainan pula dengan mereka yang meminta putus, rasa bersalah itu akan berlebihan apabila ia melihat bekas kekasihnya itu menanggung rasa kecewa yang agak lama. Bukan hanya itu, rasa bersalah bertambah-tambah apabila bekas kekasihnya itu tekad tidak mahu jalinkan hubungan dengan mana-mana orang. Hal ini kerana, kesan luka yang mendalam. Itu belum lagi jika pasangannya menangis berhari-hari.

2. Buah mulut orang sekeliling.

Selain itu, boleh dilihat perbezaanya melalui apa yang akan diperkatakan orang. Jika anda yang meminta putus, sudah pasti lah orang akan menyatakan bahawa anda berlaku curang, anda mempermainkan perasaan bekas kekasih anda serta anda yang tidak serius. Hal ini kerana, orang tidak tahu apa yang anda lalui dalam perhubungan anda sehingga anda ambil keputusan sebegitu.

Bagi yang diputuskan pula, sudah pasti lah orang tidak akan mengatakan sesuatu yang teruk. Paling tidak anda mungkin dikatakan tidak pandai menjaga pasangan anda, itu sebab pasangan anda lari. Selebihnya pasti mereka akan lihat kesalahan pada bekas kekasih anda.



3. Perasaan selepas berpisah.

Perbezaan yang terakhir ialah, perasaan yang tersimpan selepas perpisahan. Perasaan yang ada selepas perpisahan sudah pasti lah berlainan. Jika meminta perpisahan sudah pasti lah perasaan sedikit terasa bebas dan tidak sabar untuk menemui yang baru. Bahkan, ingin cepat-cepat melupakan kenangan bersama bekas kekasih.

Tetapi bagi yang diputuskan sedikit sebanyak ia pasti menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya. Terutama jika dia diputuskan tanpa sebab yang munasabah serta terpaksa menaggung rasa sakit hati melihat pasangannya memilih orang lain. Ia pasti akan menimbulkan dendam yang mendalam dalam diri seseorang yang terluka itu.

Kesimpulannya, kedua-duanya ada baik buruknya dimata orang lain ataupun selepas perpisahan tersebut. Yang paling penting adalah, dirinya tidak akan menjadi suami atau isteri and ajika dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan untuk anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen