“Sentiasa Ingin Luangkan Masa Bersama” Antara Tanda Dirinya Sukakan Anda, Mari Ketahui Yang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk meluahkan satu perasaan itu bukan lah perkara yang mudah. Anda perlukan kekuatan yang begitu banyak untuk meluahkan perasaan anda. Namun begitu, selain meluahkan perasaan agar seseorang itu tahu bahawa dia sedang menyukai anda, terdapat tanda-tanda lain yang si dia gunakan untuk meluahkan rasa hatinya. Mari kita lihat beberapa perkara ini.



1. Bertanya akan keselamatan anda.

Sebagai seseorang yang menyukai anda, sudah pasti lah dirinya begitu mementingkan keselamatan anda. Jika dirinya tidak mampu melindungi anda tetapi baginya cukup sekadar tahu akan keselamatan anda. Di mana mereka ini akan bertanya “pulang dengan apa?” mahupun “bersendirian atau bersama rakan?”. Itu adalah pertanyaan yang menyatakan bahawa dirinya sangat bimbangkan keselamatan anda.

2. Menghantar anda pulang ke rumah.

Ada juga sesetengah lelaki yang mendekati anda dengan cara yang lebih santai tetapi anda merasakannya dirinya hanya kasihankan anda. Namun, jika dirinya menghantar anda pulang sudah pasti lah ia tanda untuk mendekati anda dengan lebih jauh lagi. Mana tidaknya, dia ingin tahu di mana anda tinggal serta dengan siapa. Bahkan dengan cara ini juga, dirinya akan dapat tahu adakah anda sudah mempunyai pasangan atau sebaliknya. Bagaimana? Jika anda menolak pelawaan dirinya.

3. Kerap mengajak anda untuk meluangkan masa bersama.

Apabila tiba hujung minggu, dirinya mula mengajak anda untuk keluar bersama. Dan usahanya tidak terhenti disitu sahaja apabila anda menolaknya. Dia akan mengajak anda untuk menonton wayang, makan malam atau apa pun apabila anda menyatakan anda sibuk. Bahkan, dirinya akan cuba sentiasa mengajak anda keluar bersamanya apabila terdapat masa terluang yang panjang.



4. Memberi anda kejutan.

Ini adalah perkara yang paling ketara. Di mana dirinya memberikan kejutan buat anda. Tidak kira lah ia memberi anda bunga atau hadiah lain, ia tetap sahaja menunjukkan bahawa dirinya sedang menyukai anda. Walaupun dirinya pergi melacong bersama teman-temannya, dirinya tidak akan pernah lupa untuk berikan anda buah tangan sedangkan anda tidak memintanya. Lebih-lebih jika buah tangan itu lebih menarik daripada yang lain.

5. Sentiasa menyokong anda.

Apabila ia menjadi peminat anda, sudah pasti lah dirinya mahukan yang terbaik buat anda. Dengan itu, dirinya akan sentiasa berikan anda kata sokongan serta nasihat yang baik. Setiap perkara yang anda lakukan pasti mendapat sokongan padu darinya.

Seseorang yang menyukai anda itu sudah pasti lah cuba mendekati anda tetapi bukan itu sahaja, dirinya pasti menunjukkan sedikit usaha-usaha sebagai hint kepada anda bahawa dia menyukai anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen